PERBUALAN santai antara pendakwah selebriti, Haris Ismail bersama anak sulungnya, Muhammad Bilal mengenai isu penyembelihan ayam mencuri perhatian warga maya di media sosial.Menerusi perkongsian tersebut, Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 31, dilihat mengambil pendekatan mendidik Bilal sejak usia kecil tentang kepentingan memilih makanan halal, khususnya melibatkan proses penyembelihan ayam yang wajib mematuhi hukum syarak. Menariknya dalam rakaman video berdurasi lebih enam minit itu, Bilal sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan atas keprihatinannya menangani isu pengendalian haiwan sembelihan.PU Riz memberi penerangan kepada Bilal mengenai penyembelihan ayam. “Terima kasih Dr Zul kerana mengambil berat mengenai ayam halal. Adakah Dr Zul memantau?” soal Bilal penuh minat.Menjawab pertanyaan anaknya itu, Haris menjelaskan pihak berwajib khususnya Dr Zulkifli telah pun mengambil tindakan segera melakukan pemeriksaan serta pemantauan terhadap premis-premis terlibat.“Ya, Dr Zul sudah memantau dan tidak silap saya beliau telah membuat pemantauan terhadap premis penyembelihan,” jawab Haris ringkas.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya ada tauliah mengajar sejak 2020“ - PU Riz tersinggung kelayakan agama jadi pertikaianARTIKEL BERKAITAN: Wanita tarik hantaran isu PU Riz bukan sebab akur dituduh pemfitnah, bantah suami Neelofa tuntut RM1 juta... “Saya telah lantik peguam“Dalam masa sama, suami kepada pengacara dan usahawan Neelofa itu turut mengambil kesempatan menerangkan kepada putera sulungnya mengenai tuntutan agama yang mewajibkan umatnya mencari sumber makanan yang halal, bersih dan baik.“Apa yang ingin saya katakan, anda perlu mengambil makanan yang halal. Dalam surah yang saya kongsikan, Allah meminta setiap insan untuk memilih makanan yang halal dan toyyiban,” pesannya.Sebelum ini, Zulkifli memberitahu premis penyembelihan ayam yang disyaki beroperasi tanpa permit dan kelulusan pihak berkuasa tempatan tidak berada dalam rekod pemantauan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Zulkifli sentiasa memantau rapi mengenai isu pensijilan halal.Katanya lagi pemeriksaan awal mendapati premis itu turut menjalankan aktiviti pemprosesan dan pengedaran ayam segar tanpa kelulusan berkaitan.Dalam masa sama, Zulkifli berkata JAKIM telah mengambil tindakan terhadap beberapa kes sebelum ini termasuk mengenakan kompaun berjumlah RM40,000 terhadap tiga syarikat kerana gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.Pada 30 Oktober lalu media melaporkan lebih 6.5 tan ayam mentah yang disyaki diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan mengikut hukum syarak dan keperluan persijilan halal, dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Puchong, Selangor.