Perbincangan mengenai kewangan merupakan antara aspek terpenting dalam memastikan kelangsungan sesebuah rumah tangga. -Gambar hiasan AI
PEMBERIAN nafkah dan pengurusan kewangan dalam rumah tangga sering menjadi topik hangat yang dibincangkan di media sosial.Baru-baru ini, seorang wanita tampil meluahkan rasa terkilan terhadap cara suaminya menguruskan perbelanjaan keluarga mereka. Menerusi satu hantaran di laman Threads, wanita berkenaan mendedahkan suaminya tidak pernah menghulurkan wang belanja kepadanya walaupun mempunyai pendapatan bulanan mencecah RM7,000."Rumah, kereta, bil elektrik, air dan barang asas dapur dia yang bayar."Makan memang banyak dekat luar dan dia yang bayar. Kopi pun dia bagi beli hari-hari," tulisnya yang turut memaklumkan hampir keseluruhan komitmen utama ditanggung sepenuhnya oleh suami.Paparan di media sosial tidak sepenuhnya memberikan gambaran terhadap realiti sebenar hidup berumah tangga. -Gambar hiasan AIMenurut wanita berkenaan yang turut bekerja, dia hanya perlu membayar komitmen kereta miliknya selain berkongsi dengan suami bagi perbelanjaan keperluan anak seperti susu dan lampin pakai buang.Malah disebabkan suaminya sudah menanggung sebahagian besar kos sara hidup mereka, dia juga mampu menyimpan separuh daripada gajinya setiap bulan.Walaupun hidup dalam keadaan serba mencukupi, dia mengakui ada kalanya timbul perasaan cemburu apabila melihat wanita lain sering berkongsi kisah dimanjakan suami masing-masing."Walaupun tak bagi duit untuk benda-benda macam alat solek atau emas mahal-mahal, aku tetap kena bersyukur kan korang?ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah cukup, tanggungjawab terhadap keluarga ‘A’ tapi liat bangun solat Subuh... Isteri takut nak kejut bimbang suami kecil hatiARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak bagi, tapi pelepasan cukai anak sedap ‘claim’… Wanita terkilan kena bayar semula tuntutan dibuat bekas suami"Tapi kadang-kadang tipulah kalau tak cemburu tengok wanita-wanita yang disediakan (provide) semua benda," luahnya lagi.Perkongsian tersebut tular dan menarik perhatian warga maya yang rata-ratanya menasihati wanita berkenaan agar tidak mudah terpedaya dengan perkongsian sering dipamerkan di media sosial.Malah, terdapat segelintir netizen berpandangan sikap suaminya menanggung hampir kesemua komitmen asas sehingga membolehkan dia membuat simpanan peribadi yang tinggi membuktikan lelaki itu sudah menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab."Awak kena ingat dekat Threads ini ramai perempuan suka buat naratif ciptaan sendiri sebab nak nampak gah. Seorang wanita mendedahkan suaminya yang bergaji RM7,000 tidak pernah memberikannya wang belanja atau barangan mewah. Si suami menanggung hampir semua komitmen utama seperti rumah, kereta, bil utiliti, barang dapur dan makan luar. Wanita itu hanya membayar keretanya dan separuh daruoada kos barang anak, malah mampu menyimpan separuh gajinya. Si isteri mengakui cemburu melihat wanita lain dimanjakan suami di media sosial. Netizen menasihatinya supaya bersyukur dan jangan terpedaya dengan perkongsian di media sosial. Ringkasan ini dijana oleh AI"Suami awak sebenarnya sudah menjadi pemberi nafkah sepenuhnya (full provider). Pergi peluk dia lepas tu cakap terima kasih okey," tulis seorang pengguna.Seorang lagi netizen turut mengingatkan bahawa apa yang ditayangkan di alam maya bukanlah gambaran sebenar kehidupan rumah tangga."Dekat Threads ni semua orang nampak macam suami sediakan itu ini, dapat emas, dapat duit dan belanja berkepuk-kepuk. Tapi di belakang kita tak tahu pun dia bergaduh ke, berhutang ke atau suami dia curang."Suami akak gaji RM7,000, rumah, kereta, elektrik semua dia bayar, makan luar dan kopi hari-hari dia bayar, itu pun dah kira provide yang besar dah. "Kereta akak bayar sendiri tapi dapat simpan separuh gaji, itu pun dah rezeki. Yang dekat media sosial tu bukan kehidupan sebenar 24 jam," ujar seorang lagi pengguna.