SUDAHLAH terpaksa menanggung keperluan anak seorang diri, seorang ibu tunggal terkilan apabila diminta membayar semula cukai pendapatan susulan isu tuntutan pelepasan anak.Menurut wanita itu, masalah timbul selepas bekas suaminya turut membuat tuntutan sama walaupun lelaki tersebut didakwa tidak pernah memberi nafkah atau datang menjenguk mereka. Dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas menerima surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang meminta bayaran semula dibuat."Pelik juga kenapa... Rupa-rupanya si bapa yang tak pernah tengok anak, tak bagi nafkah, tuntut semua anak bawah dia.Pihak LHDN menyatakan si bapa layak untuk membuat tuntutan. -Gambar hiasan AI"LHDN tarik semula apa yang aku tuntut, jadi aku kena bayar semula," luahnya di Threads.Situasi dialami itu membuatkan pengadu berasa terbeban kerana mendakwa segala perbelanjaan membesarkan anak ditanggung sendiri tanpa bantuan bekas suami. Malah dia menyifatkan terma dan syarat yang termaktub dalam permohonan tuntutan cukai tersebut sebagai tidak adil buat ibu tunggal sepertinya."Rasa sangat tak adil sebab yang menanggung aku seorang. Nafkah langsung tak bagi, jenguk anak pun langsung tidak," adunya sayu.Ibu tunggal terkilan diminta membayar semula cukai susulan pertindihan tuntutan pelepasan anak dengan bekas suami.Bekas suami didakwa tidak memberikan nafkah atau menjenguk anak-anak sepanjang tempoh penceraian.Menurut pengadu, dokumen mahkamah dan bukti dia menanggung anak sepenuhnya tidak mengubah keputusan LHDN.Wanita itu mendakwa dimaklumkan bahawa si bapa masih layak menuntut pelepasan sebanyak 50 peratus.Luahannya mendapat perhatian netizen, termasuk ibu tunggal yang berkongsi pengalaman sama dan berharap tuntutan itu dipertimbangkan semula.Ringkasan ini dijana oleh AILebih menambah rasa pilu apabila cubaan menjelaskan situasi dengan mengemukakan segala dokumen mahkamah serta bukti dia menanggung anak-anak sepenuhnya, tidak berjaya mengubah keputusan dibuat LHDN.Tidak hanya itu, pihak terbabit turut menegaskan seorang bapa layak menuntut pelepasan sebanyak 50 peratus."Bagi seribu surat daripada mahkamah, surat hak penjagaan atau segala bukti yang kau tanggung semua, jawapan dia tetap, si ayah boleh tuntut 50 peratus juga," tambahnya yang terpaksa akur dengan syarat berkenaan.Lebih menyentuh hati, dia berkata, perceraian yang sudah berlalu selama enam tahun masih meninggalkan beban yang perlu dihadapinya.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami ‘angau’ cinta janda, lepas tangan nafkah anak... Mak ayah pula tanggung menantu, siap tolong bayar sewa rumahARTIKEL BERKAITAN: Penat ‘mengemis’ nafkah anak, wanita serah hak penjagaan pada bekas suami - “Biar dia rasa pakai duit banyak mana”Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakan ibu tunggal turut meluahkan perkara sama.Tidak kurang juga yang berharap pihak LHDN dapat mempertimbangkan tentang tuntutan berkenaan sekiranya si ibu berjaya membuktikan tanggungan yang dibuat."Perkara sama yang berlaku pada saya, tiap-tiap tahun tuntut 100 peratus pelepasan tapi tiap tahun juga kena naik turun LHDN."Awak balas balik surat itu minta pihak LHDN audit resit bekas suami, biar dia kena penalti beratus kali ganda sebab menipu."Memang tak adil undang-undang di dunia ini, saya doakan Allah permudahkan urusan awak semuanya," demikian reaksi netizen.