suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak stres parcel makin menimbun, bapa ketagih ‘shopping online’ tak makan nasihat... Terlintas padam akaun Shopee, TikTok!

Golongan warga emas turut tidak ketinggalan mengikuti trend membeli-belah secara dalam talian. -Gambar hiasan AI

BUKAN hanya golongan muda, warga emas juga tidak ketinggalan mengikuti trend beli-belah secara dalam talian (online).

Dengan kemudahan di hujung jari, barangan yang diinginkan boleh terus dipesan dan dihantar ke rumah. 

Namun, kemudahan berkenaan boleh mengundang masalah apabila ia bertukar menjadi ketagihan sehingga barang-barang dibeli sekadar disimpan tanpa digunakan, sebagaimana kisah dikongsikan seorang wanita mengenai bapanya.  

Tabiat membeli-belah secara dalam talian akan menjadi 'ketagihan' jika tidak dikawal. -Gambar hiasan AI

Wanita berkenaan mengakui mula berasa tertekan melihat bapanya terus membeli barangan meskipun sebahagian besar daripadanya masih belum dibuka.

"Parcel sampai bertimbun-timbun, tapi buka pun tidak. Stor rumah dah macam rupa gudang. Dah cakap dengan ayah tapi tak jalan," luahnya.

Apa lebih membimbangkan menurut wanita tersebut, bapanya kini semakin mahir melakukan pembayaran secara dalam talian berbanding kaedah bayaran tunai atau cash on delivery (COD) sebelum ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas kematian suami leka main Omi, siap ‘angkut’ lelaki bawa balik rumah! Merajuk lepas anak tegur buat maksiat

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu angau bercinta dengan pemuda kerja di London, terpesona tengok gaji juta-juta! Anak komplot dengan rakan demi halang hubungan

"Dia perlahan-lahan mula pandai buat bayaran online dah sekarang . Dulu COD je memanjang. Tolong weh. Orang tua-tua sekarang memang degil eh," tulisnya dalam hantaran di Threads. 

Buntu selepas teguran ibarat mencurahkan air ke daun keladi, wanita itu berkata dia pernah terfikir untuk memadam akaun platform e-dagang dan media sosial yang kerap digunakan bapanya untuk membendung ketagihan warga emas tersebut. 

"Apa hukum delete akaun Shopee dan TikTok ayah sendiri? Adakah saya jatuh jadi anak derhaka? Aku dah stres gila tengok ayah aku kuat sangat membeli online," luahnya lagi.

  • Seorang wanita mengakui tertekan melihat bapanya ketagih membeli-belah secara dalam talian.
  • Bapanya sering membeli barang sehingga parcel bertimbun dan sebahagiannya tidak dibuka.
  • Wanita itu berkata bapanya kini semakin mahir membuat bayaran secara dalam talian.
  • Dia terfikir untuk memadam akaun Shopee dan TikTok bapanya bagi mengawal pembelian.
  • Netizen menasihatkan supaya dia berbincang dan mencari cara mengehadkan pembelian tanpa memadam akaun bapanya.

Di ruangan komen, perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Ada yang terhibur membaca kisah berkenaan, malah berkongsi pengalaman sama berdepan ahli keluarga yang gemar membeli-belah secara dalam talian.

Tidak kurang juga ada yang menasihatkan wanita itu supaya tidak terus memadam akaun bapanya kerana tindakan tersebut mungkin menimbulkan konflik lain, sebaliknya cuba berbincang dan mencari jalan untuk mengehadkan pembelian.

Artikel Lain