suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta sewa kemik, pelajar IPT rempuh objek atas jalan... Rupanya takut dicekup buat maksiat! - “Si lelaki hanya pakai boxer”

Berdua-duaan di dalam kenderaan tanpa ikatan yang sah boleh ditangkap khalwat. -Gambar hiasan AI

BISNES perkhidmatan kereta sewa bukannya mudah kerana pengusaha perlu berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan.

Buktinya, seorang pengusaha kereta sewa dikejutkan dengan panggilan daripada pihak berkuasa yang memaklumkan penyewanya ditahan selepas ditahan akibat melakukan kesalahan di dalam kenderaan berkenaan.

Menurut pengusaha itu, penyewa tersebut dipercayai seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan ditahan bersama seorang gadis.

Kereta sewa kerap digunakan golongan pelajar. -Gambar hiasan AI

Kereta sewa kerap digunakan golongan pelajar. -Gambar hiasan AI

“Dapat panggilan telefon daripada pihak berkuasa, penyewa kena cekup buat 'projek' dalam kereta. Kereta ada kesan kemik sikit pula tu.

“Mak ayah dia tak nak bayar. Perlu tak saya beritahu cerita sebenar kepada mak ayah dia?,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik Lexus LM350 kena ‘game’ dengan Pak Arab! Tinggal tepi jalan lepas lenjan sampai ‘gearbox’ lingkup - “Dia letak kunci atas tayar”

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘rampas’ rumah sewa, halau penyewa tanpa persetujuan bapa mentua... Rupanya rancang nak tinggal secara percuma!

Mengimbas semula kejadian itu, pengusaha berkenaan memberitahu bahawa pihak berkuasa pada mulanya bertindak mengetuk tingkap kereta sewanya sewaktu pasangan terbabit berada di dalam kenderaan.

“Pihak berkuasa ketuk tingkap ketika mereka buat projek. Dia panik, terus hidupkan enjin dan pecut.

“Apabila nampak ada cubaan melarikan diri, lagilah pihak berkuasa curiga dan mengejar sehingga budak ini melanggar objek di jalan sebelum berhenti,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa kemudian memaklumkan salah seorang daripada mereka ketika ditemui tidak berpakaian.

“Pihak berkuasa beritahu yang lelaki hanya pakai boxer... perempuan tak pakai apa. Apa yang mereka buat itu tak pastilah,” katanya.

  • Pengusaha kereta sewa menerima panggilan daripada pihak berkuasa mengenai penyewanya.
  • Penyewa dipercayai pelajar IPTS ditahan bersama seorang wanita dalam kereta.
  • Penyewa panik dan cuba melarikan diri selepas pihak berkuasa mengetuk tingkap.
  • Kereta sewa mengalami kerosakan selepas penyewa melanggar objek di jalan.
  • Netizen meminta pengusaha membuat laporan polis bagi mendapatkan ganti rugi.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen dengan ramai meminta pengusaha terbabit membuat laporan polis bagi menuntut kerugian daripada keluarga pelajar berkenaan.

"Biar polis uruskan. Kalau jenis macam ni memang tak berniat nak bayar pun. Cuba bincang dengan polis.

"Minta pihak berkuasa tu sendiri telefon keluarga. Awak tunggu je dekat balai polis memandangkan kereta tu awak punya. 

"Cakap je supaya tuan boleh dapatkan ganti rugi untuk kerosakan yang dibuat," komen warga maya.

Artikel Lain