suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Pelajaran dia merosot ke?” - Ustazah ditengking ibu pelajar, berang anak ditangkap berdua-duaan dengan teman lelaki di belakang tandas

Seorang guru dimarahi selepas menangkap pelajarnya berduaan di belakang tandas. -Gambar hiasan AI

TANGGUNGJAWAB guru bukan sahaja terbatas memberi ilmu tetapi turut membentuk sahsiah serta adab pelajar.

Maka, segala isu berkaitan pelajar wajar ditegur lebih-lebih lagi jika ia berlaku dalam kawasan sekolah.

Namun lain pula ceritanya bagi seorang guru ini apabila dia ditengking dan dimalukan oleh ibu pelajar ketika sedang mengajar di kelas.

Hal itu berlaku selepas pelajar terbabit ditangkap berdua-duaan dengan rakan dipercayai teman lelakinya di belakang tandas sekolah.

Pelajar dilarang menjalin hubungan cinta di kawasan larangan sekolah. -Gambar hiasan AI

Secara logik ia satu kesalahan menjurus isu pergaulan, namun wanita berkenaan sebaliknya mempertahankan anaknya dan menengking tanpa usul periksa.

"Ustazah hari itu ada tegur anak saya couple dengan budak lelaki itu ke? Kalau ya, saya nak tanya pelajaran anak saya ada merosot ke?

"Anak saya ada buat masalah disiplin teruk ke? Ada tahap pegang tangan, peluk? Tiada, kan?

"Saya sebagai ibu tahu anak saya macam mana, jaga batasnya. Lagi pun saya kenal dengan siapa anak saya suka.

  • Seorang guru ditengking oleh ibu pelajar ketika sedang mengajar di dalam kelas.
  • Insiden berlaku selepas guru menegur seorang pelajar perempuan yang ditangkap berdua-duaan dengan teman lelakinya di belakang tandas sekolah.
  • Ibu pelajar mendakwa perbuatan anaknya tidak menjejaskan pelajaran atau melakukan salah laku disiplin yang serius.
  • Dia mengenali pelajar lelaki terbabit dan percaya anaknya masih menjaga batas pergaulan.

"Jadi kalau anak tahu jaga batas, ustazah tak perlu kecoh fasal anak saya!" ujarnya.

Tersentak dengan situasi itu, guru terbabit walau bagaimanapun kekal tenang dan menjelaskan situasi berlaku ketika kejadian.

Tidak berdiam diri, dia kemudiannya terus menjelaskan kesalahan anaknya selain turut menegaskan soal undang-undang sekolah.

"Saya minta puan sampaikan dekat anak puan kalau nak bercinta ikut suka la tapi ikut peraturan sekolah, jangan sesuka hati dating terutama di belakang tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup jamuan di sekolah, cikgu bakal bersara ‘request’ majlis di hotel! Guru pening diminta bayar RM200 beli hadiah emas

ARTIKEL BERKAITAN: “Kesian, adik kau dah mati!” - Cikgu tadika panas hati murid bermulut celupar, ajuk kesedihan kawan baru hilang ahli keluarga

"Itu kawasan sunyi dan larangan, saya cakap sebab ini berkaitan peraturan sekolah, sekolah tetap ada undang-undang.

"Puan faham kan masa saya tangkap mereka dating belakang tandas bukan bertiga atau ada peneman, tapi berdua di kawasan sunyi," katanya.

Usai kejadian itu, wanita terbabit dikatakan terus beredar dan tidak memberikan sebarang respons terhadap penjelasan guru terbabit.

Walaupun hubungan kedua-dua pelajar terbabit direstui ibu bapa, perbuatan berdua-duaan di kawasan sunyi tidak sepatutnya dibenarkan apatah lagi di kawasan sekolah.

Artikel Lain