suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak cukup jamuan di sekolah, cikgu bakal bersara ‘request’ majlis di hotel! Guru pening diminta bayar RM200 beli hadiah emas

Guru terpaksa membayar RM200 untuk tujuan hadiah pada yang bakal bersara. -Gambar hiasan AI

PEMBERIAN hadiah boleh jadi satu momen istimewa dan menggembirakan khususnya bagi si penerima.

Namun dalam sesetengah situasi, ia sebenarnya mengundang rasa ralat pada individu yang kurang berkemampuan untuk menyumbang dari segi wang mahupun hadiah.

Situasi itu dilalui seorang guru sekolah ini apabila diminta menghulurkan wang sebanyak RM200 umtuk membeli hadiah buat rakan sekerjanya yang bakal bersara.

Guru-guru biasanya akan diraikan pada Hari Guru oleh anak murid. 

Bagaikan budaya dalam kalangan warga pendidik, individu berkenaan walau bagaimanapun kurang bersetuju dengan perkara itu walaupun ia satu tindakan murni.

"Tak faham macam mana boleh wujud budaya cikgu-cikgu kena kumpul duit untuk belikan hadiah emas untuk cikgu yang akan bersara.

"Betul cikgu bersara banyak jasa tapi itu memang kerja hakiki, dapat gaji bukan sukarelawan. Majlis nak buat dekat hotel tak cukup sambutan di sekolah.

  • Seorang guru kecewa apabila diminta membayar RM200 demi hadiah bersara.
  • Budaya kumpul duit hadiah guru bersara di sekolah mengundang perdebatan netizen.
  • Sambutan guru bersara mewah di hotel dianggap pembaziran warga pendidik.
  • Guru terpaksa bayar RM200 demi belikan emas rakan bakal bersara.

"Kita cikgu-cikgu muda baru nak hidup ni pun tak dapat lagi nak collect duit dengan adik-beradik belikan emak sendiri emas," kongsinya.

Tambahnya, yuran RM150 dari kelab guru telah dibelanjakan untuk majlis jamuan makan di sekolah dan menurutnya itu sudah memadai.

Sama sekali tidak berkira soal wang ringgit, guru terbabit sebaliknya cuma meluahkan dirinya sedikit terbeban dengan 'budaya' hadiah dalam kalangan guru di sekolahnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Wanita pelik ada cikgu pertikai murid bagi guru praktikal hadiah, anggap tak perlu dengki - “Kalau nak diraikan juga, pencenlah cepat”

ARTIKEL BERKAITAN : Ibu terkilan cikgu ‘select’ tayang hadiah di IG, Ferrero Rocher 3 biji pemberian anak langsung tak pandang!

"Saya perlu bayar RM200 untuk beli hadiah emas dan jamuan tambahan di hotel sedangkan di sekolah, jamuan telah diadakan menggunakan duit kelab guru dengan yuran 150 setahun. 

"Ni bukan berkira, kalau setahun tiga cikgu bersara, berapa jumlah yang perlu saya keluarkan?" ujarnya.

Malah, pemberian emas sebagai hadiah menurutnya terlampau mahal dari segi nilai dan harga lebih-lebih lagi dengan status guru baharu, pastinya menjejaskan kewangan peribadinya.

Artikel Lain