LAZIMNYA, penghujung tempoh praktikal menjadi detik cukup bermakna buat guru pelatih apabila menerima ucapan, hadiah atau kejutan ringkas daripada murid sebagai tanda penghargaan.Namun menerusi perkongsian seorang wanita di Threads, situasi berbeza pula berlaku di sekolah anaknya. Dalam satu hantaran, wanita tersebut mendakwa pihak sekolah mengeluarkan memo menetapkan bahawa sebarang sambutan atau penghargaan bagi meraikan guru praktikal tidak lagi boleh dilakukan sesuka hati, sebaliknya perlu mendapat kebenaran daripada guru besar.Para guru mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan balasan. -Gambar hiasan AI"Sekolah anak aku, masuk cikgu-cikgu praktikal. Lepas beberapa bulan tempoh praktikal dah habis, mana kelas yang diajar oleh mereka, tentulah budak-budak sediakan hadiah, buat suprise."Tiba-tiba guru besar keluar memo, ayatnya lebih kurang macam tak boleh meraikan macam tu lagi kecuali dengan kebenaran guru besar," kongsinya. Menurutnya, memo berkenaan turut disusuli dengan kenyataan seorang guru yang secara terbuka menyuarakan sokongan terhadap arahan tersebut ketika berada di dalam kelas anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Diketawakan bagi sabun mandi sebagai hadiah Hari Guru, gadis sayu teringat dekat ibu - “Mak balut cantik-cantik”ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkilan cikgu ‘select’ tayang hadiah di IG, Ferrero Rocher 3 biji pemberian anak langsung tak pandang!"Ada seorang cikgu yang masuk kelas anak aku, dia suarakan dia setuju dengan memo guru besar."Dia siap cakap, cikgu-cikgu yang mengajar awak ni pun tak pernah dapat macam tu... kenapa cikgu praktikal pula yang awak nak raikan? Patutnya raikan cikgu-cikgu yang bertungkus lumus ajar awak ni," ceritanya. Menurut wanita berkenaan, dia tidak melihat sebarang masalah jika murid ingin meraikan guru praktikal yang pernah mengajar mereka, malah menganggap ia sekadar penghargaan kecil sebelum guru berkenaan menamatkan latihan.Dia berpendapat, guru tetap tidak sepatutnya melihat penghargaan yang diberikan kepada guru praktikal sebagai satu bentuk perbandingan.Seorang wanita mendakwa pihak sekolah anaknya keluarkan memo larang sambutan untuk guru praktikal.Sebarang sambutan perlu mendapat kebenaran guru besar.Wanita itu berpendapat tak salah murid meraikan guru sebagai penghargaan.Malah dia mendakwa ada guru tetap yang cemburu.Netizen ada yang bersetuju dengan pandangannya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Alahai cikgu, guru-guru kan diraikan pada setiap Hari Guru. Jadi bagi sahajalah peluang kepada guru praktikal itu diraikan. Apa salahnya?"Kalau cikgu nak diraikan juga, pencenlah cepat. Dapatlah diraikan secara besar-besaran lagi tau," katanya berseloroh.Perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada netizen, namun rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang disuarakannya."Sekolah saya sentiasa meraikan cikgu-cikgu praktikal dan guru ganti. Tak adanya nak bitter. Kami lagi berterima kasih dengan cikgu-cikgu praktikal dan guru ganti ni sebab dah mudahkan urusan sekolah."Ikut sekolah dan pentadbir. Sekolah lama saya, kitorang akan buat makan-makan sempena cikgu praktikal habis. "Nasib baik sekolah praktikum yang kedua baik, bukan setakat murid bagi hadiah, rupanya setiap panitia belikan hadiah, tak expect," demikian antara komen netizen.