suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis baru putus cinta belum ‘move on’, rimas makcik kilang paksa WhatsApp anak saudara - “Dia buat solat istikharah nampak muka saya”

Tak semua perempuan selesa dipaksa berkenalan dengan lelaki tidak dikenali. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis meluahkan rasa serba salah selepas berulang kali cuba diperkenalkan dengan seorang lelaki yang juga anak saudara kepada rakan sekerjanya.

Menurutnya, dia masih belum bersedia untuk membuka hati selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya sekitar hujung tahun lalu.

Namun, rakan sekerjanya itu tetap tidak berputus asa menemukan mereka walaupun sudah berulang kali memberitahu dia masih belum bersedia.

Orang tengah biasanya akan dipersalahkan jika sesuatu perhubungan tidak berkekalan. -Gambar hiasan AI

Orang tengah biasanya akan dipersalahkan jika sesuatu perhubungan tidak berkekalan. -Gambar hiasan AI

"Saya sudah cakap dekat makcik itu yang saya tak bersedia lagi nak kenal orang. Tapi masa raya hari itu, anak saudara dia kirim salam dan saya balas sahaja.

"Tiba-tiba makcik itu bagi nombor telefon anak saudara dia dan suruh saya WhatsApp apa-apa dekat dia. Saya cuma senyum dan cakap nanti," katanya.

Ceritanya lagi, bagi 'menjual' anak saudaranya itu, rakan sekerjanya cuba memancing dengan memberitahu lelaki tersebut seorang yang berkerjaya selain memandu kereta jenama Honda.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada harapan bakal penjawat awam jadi suri rumah, BF ‘mat kilang’ suruh kerja senang buat ‘loan’... Wanita ragu-ragu nak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 4 tahun bercinta, ibu teman lelaki desak putus... Idam menantu berkerjaya bagus untuk anak teruna kerja kilang

Wanita itu berkata, dia bukan sombong tetapi tidak mahu memberi harapan palsu kepada sesiapa memandangkan hatinya belum terbuka untuk memulakan hubungan baru.

"Menekan-nekan ya makcik ini. Memanglah suruh kawan dulu, buatnya tiba-tiba dia tersuka macam mana? Saya taknaklah bagi harapan dekat sesiapa.

"Ini makcik itu siap cakap anak saudara dia buat solat istikharah nampak muka saya," luah gadis tersebut.

  • Gadis enggan kenal lelaki baharu kerana masih belum pulih selepas putus cinta.
  • Rakan sekerja cuba mengenalkan anak saudara, namun gadis itu belum bersedia.
  • Gadis bimbang memberi harapan jika mula berkawan ketika hati belum terbuka.
  • Netizen nasihat agar dia tidak terburu-buru mencari pasangan baharu.
  • Perkongsian gadis tarik perhatian selepas kisahnya dikongsi di media sosial.

Di akhir perkongsian, gadis tersebut meminta pandangan orang ramai sama ada dia wajar berkawan terlebih dahulu dengan lelaki berkenaan atau terus berpegang kepada pendirian kerana masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan baharu.

"Biar lelaki itu yang memulakan langkah, jangan jadi perigi cari timba.

"Patutnya makcik itu yang suruh anak saudara dia yang mulakan, ini memandai suruh perempuan cari lelaki," komen netizen.

Artikel Lain