Bakal pengantin pasti mengimpikan majlis yang dirancang berjalan lancar dan bahagia. -Gambar hiasan AI
HARI bahagia sepatutnya menjadi lipatan sejarah paling indah bertukar menjadi detik merimaskan bagi bakal pengantin ini apabila ada pihak cuba 'menumpang' majlis yang dirancangkan.Berkongsi pengalaman pahit itu, wanita terbabit turut mengakui rasa tertekan dan geram dengan sikap sepupunya yang cuba menggabungkan majlis perkahwinannya dengan sambutan hari lahir anak mereka. Lebih menambah rasa runsing apabila terdapat beberapa individu yang seolah-olah menyokong hasrat berkenaan tanpa memikirkan perasaannya."Ada yang cakap penting sangat ke kahwin kau tu, buatlah sekali, sambut sekali bagi budak tu gembira, buatlah sekali baru meriah," kongsinya. Setiap pengantin berharap majlis perkahwinan menjadi detik bersejarah dalam hidupnya. -Gambar hiasan AIMeluahkan rasa kesal dan kecewa, dia menjelaskan majlis yang bakal diadakan itu adalah 100 peratus menggunakan duitnya."Aku tak kacau langsung duit hantaran sebab nak buat deposit rumah nanti tapi disebabkan ada 'langau' nak kacau majlis dengan tanggapan 'nak rapatkan silaturahim', terus jadi macam ini."Setahun ada 365 hari, kenapa nak juga pilih tarikh aku kahwin untuk raikan hari lahir anak kau?" luahnya di Threads.Pada masa sama dia turut menegaskan pemilihan tarikh perkahwinannya dibuat secara rawak tanpa ada sebarang niat untuk menyamai hari lahir mana-mana pihak.Sepupu mahu tumpang majlis perkahwinannya untuk menyambut hari lahir anak.Beberapa individu menyokong cadangan itu dengan alasan mahu memeriahkan majlis.Wanita tersebut menanggung sepenuhnya kos majlis.Tarikh perkahwinan dipilih secara rawak dan bukan sengaja disamakan dengan hari lahir kanak-kanak itu.Netizen menyokong pendiriannya kerana majlis perkahwinan tersebut merupakan hari istimewanya.Ringkasan ini dijana oleh AISusulan itu dia berharap agar setiap orang mempunyai common sense dan sifat malu supaya tahu menghormati hak orang lain."Tolong jadi manusia yang ada common sense, tolong ada sifat malu dalam diri apabila rasa nak menumpang majlis orang."Sambut hari lahir tu bila-bila pun boleh buat tapi majlis kahwin ini sekali seumur hidup," tambahnya.Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya meminta dia untuk mengabaikan kata-kata negatif tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rela bermasam muka dengan keluarga, tak izinkan sepupu tumpang sambut hari lahir anak di majlis sandingARTIKEL BERKAITAN: 18 tahun lalu kena jeling sebab bersanding tumpang pelamin orang, pasangan ini 'kahwin semula' buat majlis lebih gah"Kesian bakal pengantin ni, dia nak raikan hari bahagia tapi ada pula manusia yang tiada common sense sampai sanggup ganggu majlis."Aku sepenuh hati sokong kau menolak, hari bahagia kau tu hak kau dan jangan biarkan orang lain ambil spotlight majlis besar."Mereka yang sokong tu mesti jenis yang hamak semua benda nak percuma," demikian reaksi netizen.