Segelintir individu cenderung menghakimi seseorang hanya berdasarkan penampilan luaran. -Gambar hiasan AI
LUMRAH segelintir manusia, ada yang mudah membuat penilaian berdasarkan apa dilihat di depan mata seperti penampilan luaran, sedangkan apa dipamerkan tidak semestinya menggambarkan kehidupan sebenar mereka. Itu dikongsi seorang wanita selepas suaminya didakwa dipandang rendah oleh individu tidak dikenali hanya kerana penampilannya yang sederhana. Menerusi satu hantaran di Threads, wanita itu berkata insiden berlaku ketika suaminya sedang melayan anak mereka ketika berada di sebuah stesen minyak.Ada individu lebih selesa berpenampilan sederhana kerana pilihan peribadi. -Gambar hiasan AI"Husband aku suka pakai baju lusuh dan murah beli dekat Shopee. Hari itu dia main dengan anak aku depan bonet kereta honda kami dekat stesen minyak. "Lepas tu ada seorang lelaki ni pergi sound husband. Bang tak payahlah main dekat situ, rosak kereta orang nanti, nak membayar pula."Husband aku angguk-angguk je lepas tu cakap, okay baik bang. Lepas itu tekan kunci dan masuk kereta," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pura-pura miskin, jadi tak berguna” – Wanita nekad berhenti kerja, sanggup hilang jawatan demi lepas cengkaman suami narsistik!ARTIKEL BERKAITAN: Diejek di sekolah sebab dapat bantuan RMT, cara si ibu 'psiko' pemikiran anak dipuji - "Kita bukan miskin"Wanita berkenaan menjelaskan perkongsiannya itu bukan bertujuan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk.Sebaliknya, dia hanya tertanya-tanya bagaimana seseorang boleh membuat andaian terhadap orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar di sebaliknya."Kadang-kadang apa kita sangka milik orang lain, sebenarnya milik dia sendiri dan walaupun bukan, bukankah lebih baik menegur tanpa terus membuat andaian?" luahnya.Justeru, dia mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat penilaian kerana setiap individu mungkin mempunyai cerita yang tidak diketahui orang lain.Seorang wanita berkongsi kisah suaminya didakwa dipandang rendah kerana penampilan sederhana.Suaminya ditegur seorang lelaki ketika bermain dengan anak di stesen minyak.Lelaki itu menyangka kereta Honda tersebut milik orang lain kerana pakaian suaminya yang lusuh.Wanita itu berkata perkongsiannya bukan untuk bermegah, sebaliknya mengingatkan agar tidak mudah menilai.Netizen bersetuju penampilan bukan ukuran kemampuan atau nilai sebenar seseorang.Ringkasan ini dijana oleh AI"Penampilan bukan ukuran siapa seseorang. Jadi, mungkin kita semua boleh cuba kurangkan menilai sebelum benar-benar tahu cerita sebenar," tulisnya lagi.Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan wanita itu dan menyifatkan sikap suka membuat andaian terhadap seseorang berdasarkan penampilan luaran sebagai sesuatu yang tidak wajar.Ada juga yang berpendapat seseorang tidak sepatutnya dipandang rendah hanya kerana cara berpakaian atau gaya hidup yang kelihatan sederhana.Malah, segelintir warga maya turut berpandangan, kesederhanaan dalam penampilan tidak bermaksud seseorang itu kurang berkemampuan, sebaliknya ia mungkin hanya pilihan peribadi.