PERIBAHASA 'otak udang' sering kali digunakan untuk menggambarkan individu yang kurang bijak.Malah penggunaan istilah seumpama itu turut wujud dalam kalangan masyarakat Barat menerusi sebutan shrimp brain’yang membawa maksud serupa. Namun, tahukah anda bahawa bahagian kepala udang sebenarnya mengandungi kandungan chitin sejenis sebatian karbohidrat kaya nutrien yang sangat bermanfaat untuk menyuburkan tanaman?Biasa dibuang begitu sahaja ketika menyiang bahan masakan, seorang penternak dan petani, Sakinah menyifatkan amalan itu satu kerugian besar buat mereka yang tidak tahu akan kelebihan bahagian berkenaan.Katanya, kandungan chitin dalam otak udang membantu menguatkan sistem imun dan akar tanaman untuk terus subur."Otak udang mengandungi 30 peratus chitin dan sangat bagus untuk dijadikan baja sebab ia membekalkan nutrien untuk pokok menangkis patogen, selain melindungi akar dan daun daripada serangan nematod, reput akar serta kulat."Ia juga boleh mengikat air supaya cecair bertahan lebih lama dalam tanah dan menguatkan sistem pertahanan pokok.Apabila pokok mengesan kehadiran chitin, ia secara automatik akan memberi isyarat kepada tanaman untuk mempertahankan diri," katanya.Menurut laporan Agensi, kandungan chitin bertindak sebagai sumber makanan yang stabil untuk mikroorganisma di zon akar, sekali gus membantu tanah kekal aktif dan subur.Berikut merupakan empat kebaikan baja 'otak udang' pada tumbuhan:1. Menyokong tumbuhan secara praktikalMenyediakan bekalan nitrogen yang membantu memacu pertumbuhan daun, penghasilan klorofil serta warna hijau sekata.2. Menyumbang nutrien sekunder dan mineralWalaupun kandungannya cuma 30 peratus, chitin mempunyai rangkaian mineral luas yang boleh menyokong pertumbuhan sihat apabila digandingkan dengan struktur tanah yang baik.3. Sumber makanan tumbuhanChitin berfungsi sebagai bahan sokongan tanah untuk lebih stabil selain mengelakkan daripada sebarang gangguan organisma berbahaya.4. Meningkatkan kelembapan tanahBahan sebatian itu membolehkan udara dan air bergerak seiring kerana akar memerlukan oksigen serta kelembapan yang stabil.5. Daya tahan jangka panjangTumbuhan akan menjadi kurang layu walaupun di bawah cuaca panas serta kadar pertumbuhan yang sihat selepas proses pemangkasan.