KEKUATAN sesebuah negara selalunya dinilai dari sudut ketenteraan dan aset ekonomi dimiliki.Namun, siapa sangka tanpa pasukan tentera mahupun sebarang kelengkapan perang, sebuah negara dikenali sebagai Costa Rica masih hidup dalam aman dan damai sehingga ke hari ini. Terletak di benua Amerika Latin, negara dengan anggaran populasi lima juta penduduk itu turut tersenarai di kedudukan keempat paling bahagia untuk didiami di dunia berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2026.Segalanya bermula pada 1948 apabila pemimpin pada masa itu mengambil langkah berani untuk memutuskan pasukan tenteranya dan memilih melabur lebihan dana kepada rakyatnya.Berdasarkan laporan Agensi, sejak 2009 Costa Rica melabur sebanyak 6.3 peratus daripada pendapatan ekonominya bagi sektor pendidikan dan kesihatan (tujuh peratus). Kedua-dua angka tersebut jauh melebihi purata serantau Amerika Latin dan hampir setanding dengan nisbah perbelanjaan pendidikan dan kesihatan di negara maju eropah lain.Melalui sistem itu, negara berkenaan menyediakan penjagaan kepada setiap warganegara Costa Rica dan penduduk sah tanpa mengira status pekerjaan atau perbezaan pendapatan. Pendidikan rendah dan menengah adalah percuma dan diwajibkan manakala pelajar di universiti awam pula menerima jumlah subsidi yang tinggi. Lebih tujuh dekad berlalu, Costa Rica kekal sebagai sebuah negara yang aman walaupun tidak dipimpin oleh sebarang pasukan tentera.Merupakan negara pertama yang mengambil langkah sedemikian, sistem tanpa tentera itu kemudiannya turut dituruti Iceland, Mauritius, Vatican City dan Liechtenstein.