suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghuni kondo tertidur ketika goreng ayam, tak sedar walaupun bomba sudah pecah masuk kediaman

Penghuni rumah itu hanay tersedar selepas dikejutkan oleh pihak berkuasa. -Foto Pattaya News

PENDUDUK sebuah kondominium terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing selepas seorang lelaki tertidur ketika menggoreng ayam sehingga menyebabkan asap memenuhi bangunan berkenaan.

Kejadian itu berlaku di Pattaya, Thailand, pada 31 Oktober, kira-kira pukul 4.30 pagi.

Polis Bandar Pattaya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian asap tebal di dalam kondominium itu sebelum bergegas ke lokasi bersama sukarelawan serta tiga jentera bomba.

Ketika pasukan kecemasan tiba, asap sudah merebak sehingga ke tingkat tiga, empat dan lima. 

Penduduk tempatan serta pelancong asing dilihat turun menyelamatkan diri ketika anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat memeriksa bilik serta mengetuk pintu bagi mengejutkan penghuni yang masih tidur.

Pasukan kecemasan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengesan punca asap sebelum menemui unit kediaman bilik di tingkat tiga.

Pemeriksaan mendapati terdapat sebuah kuali berisi ayam yang ditinggalkan di atas dapur sehingga hangus sepenuhnya, sekali gus menyebabkan asap memenuhi ruang bilik.

Ia berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi. 

Lebih mengejutkan, penghuni bilik berkenaan, seorang lelaki warga Jerman berusia 30 tahun yang hanya dikenali sebagai E, masih nyenyak tidur di atas katil meskipun biliknya dipenuhi asap.

Pasukan penyelamat beberapa kali memanggil lelaki itu, namun dia tidak memberikan sebarang respons sebelum mereka terpaksa menggoncang badannya untuk mengejutkannya.

Lelaki berkenaan kelihatan terpinga-pinga sebaik membuka mata apabila mendapati beberapa anggota kecemasan berada di sekelilingnya.

Ketika disoal siasat, E memberitahu bahawa dia mengambil minuman beralkohol sebelum mengambil keputusan untuk menggoreng ayam.

Bagaimanapun, dia terlupa mengenai makanan yang sedang dimasak sebelum tertidur tanpa mematikan dapur sehingga menyebabkan ayam berkenaan hangus.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu, namun penduduk terpaksa meninggalkan bilik masing-masing sementara pasukan kecemasan menjalankan pemeriksaan. -Agensi.

Artikel Lain