suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raffi Ahmad hilang lebih 400,000 pengikut IG gara-gara diboikot

Raffi diboikot oleh netizen Indonesia.

PENGACARA Raffi Ahmad dilaporkan kehilangan lebih 431,000 pengikut Instagram susulan kontroversi Deklarasi Sumpah Pemuda di Bundaran HI pada 29 Oktober lalu yang mencetuskan seruan boikot terhadap dirinya.

Berdasarkan data Instrack yang dipetik Kompas.com, akaun Instagram Raffi dan isterinya, Nagita Slavina, @raffinagita1717 mencatatkan penurunan pengikut sebanyak 0.69 peratus dalam tempoh 30 hari terakhir.

Bagaimanapun, akaun tersebut masih kekal sebagai Instagram dengan jumlah pengikut tertinggi di Indonesia.

Nama Raffi kembali mencetus kontroversi.

Kontroversi berkenaan turut dikaitkan dengan sambutan kurang menggalakkan terhadap acara RANS Carnival yang berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November lalu di kawasan parkir Stadium Maguwoharjo, Sleman, Yogyakarta.

Malah, semua artis yang dijadualkan membuat persembahan pada acara tersebut dilaporkan membatalkan penyertaan secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama dikaitkan kes rasuah, Raffi Ahmad tampil bersuara… “Sudah biasa difitnah”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Helikopter dinaiki Raffi Ahmad nyaris terhempas di Bali

Nama Raffi menjadi perhatian selepas kehadirannya pada acara Deklarasi Sumpah Pemuda Mahasiswa 2026  pada 29 Oktober lalu mengundang kritikan daripada beberapa pihak.

Acara tersebut dipersoalkan kerana didakwa menjadi tandingan kepada demonstrasi mahasiswa yang menyuarakan bantahan terhadap beberapa dasar Presiden Prabowo Subianto.

Kontroversi itu turut mencetuskan seruan boikot terhadap Raffi, termasuk bantahan ketika dia menghadiri acara berkaitan kepemudaan serta penarikan diri beberapa pengisi acara RANS Carnival.

 

Artikel Lain