suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selma Blair buka mulut isu serang empat individu, akhirnya mohon maaf lepas tiga minggu

Pelakon tersebut kini ditahan polis.

PELAKON Hollywood Selma Blair tampil memohon maaf selepas hampir tiga minggu ditahan polis susulan dakwaan menyerang dua pramugari, seorang anggota polis dan jururawat.

Blair, 54, yang berkongsi video menerusi Instagram mengakui mengambil serius kejadian tersebut, namun menegaskan dia tidak pernah berniat mencederakan atau menakutkan mana-mana individu. 

"Saya tahu sudah beberapa minggu saya berdiam diri sejak 11 Oktober lalu dan anda semua berhak mendengar penjelasan daripada saya sendiri.

Blair memohon maaf terhadap tindakannya. 

"Saya tidak pernah berniat untuk menyakiti atau menakutkan sesiapa sepanjang hidup saya. Kepada mereka yang saya kecewakan, sakiti atau takutkan, saya benar-benar memohon maaf," katanya.

Bagaimanapun, bintang filem Cruel Intentions itu enggan mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan atas nasihat peguam memandangkan kes tersebut masih dalam proses perundangan.

Terdahulu, Selma ditahan selepas didakwa mencetuskan kekecohan dalam penerbangan Delta Air Lines dari Los Angeles ke New York pada 11 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Halle Berry terlepas hak penjagaan sama rata, bekas suami dakwa aktres cekik anak

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie & V masih bercinta? Spekulasi kembali hangat, didakwa keluar makan bersama di LA

Menurut laporan pihak berkuasa, dua pramugari mengalami kecederaan dalam kejadian itu sebelum Selma didakwa menendang seorang anggota polis dan jururawat ketika dibawa mendapatkan rawatan di hospital.

Susulan insiden berkenaan, Selma didakwa atas dua pertuduhan melakukan serangan tahap kedua, namun mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah pada 12 Oktober.

Kes berkenaan dijadualkan untuk sebutan semula di mahkamah pada 19 Januari 2027.

Artikel Lain