suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi joging malam, wanita kritikal ditikam di leher

Mangsa ditemukan oleh ahli keluarganya sendiri.

RUTIN berjoging seorang wanita bertukar menjadi tragedi hitam apabila dia ditemukan kritikal selepas ditikam pada bahagian leher.

Lebih memilukan, mangsa berusia 28 tahun itu ditemukan ahli keluarganya sendiri, selepas dia tidak muncul untuk bertemu seperti yang dirancang.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di laluan basikal berhampiran Bay Parkway dan Cropsey Avenue di Bath Beach, Brooklyn, Amerika Syarikat, sekitar pukul 8.15 malam Jumaat.

Menurut laporan media tempatan ABC7, mangsa dipercayai diserang ketika sedang berjoging sebelum tubuhnya ditemukan terbaring di kawasan berumput dalam keadaan cedera parah.

Susulan itu, dia dikejarkan ke Hospital NYU Langone Brooklyn untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Dalam pada itu, polis memaklumkan bahawa belum ada tangkapan yang dibuat berhubung insiden berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut. -Agensi

Artikel Lain