suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elak tetapkan bajet untuk sebulan... Bahagikan duit ikut minggu, hari agar gaji bertahan lebih lama

Perbelanjaan tidak terkawal boleh menyebabkan wang gaji habis lebih cepat. -Gambar hiasan AI

SETIAP kali gaji masuk, ramai yang berasa lega kerana boleh menyelesaikan komitmen bulanan dan membeli barangan diperlukan. 

Namun, tidak sampai pertengahan bulan, ada yang mula tertanya-tanya ke mana perginya duit gaji sedangkan mereka tidak membuat sebarang pembelian besar.

Sebenarnya, mengurus gaji bukan sekadar tentang berjimat, sebaliknya memerlukan strategi yang dapat mengawal cara wang digunakan. 

Ada dua trik yang mungkin jarang diamalkan, tetapi boleh membantu seseorang mengenal pasti corak perbelanjaan dan memastikan wang bertahan lebih lama.

Story on Wave credit and debit card. RAYMOND OOI/ The Star

Menyusun bajet mengikut minggu atau hari dikatakan lebih efektik dalam memastikan gaji bertahan lebih lama. -Gambar hiasan

1. Had perbelanjaan mingguan

Daripada membiarkan keseluruhan baki gaji digunakan sepanjang bulan, cuba bahagikan wang perbelanjaan kepada empat atau lima bahagian mengikut minggu.

Sebagai contoh, selepas menolak komitmen tetap dan simpanan, seseorang mempunyai baki RM1,000 untuk perbelanjaan lain.

Wang itu boleh dibahagikan kepada RM250 seminggu bagi mengawal perbelanjaan makan, pengangkutan dan keperluan harian.

Jika perbelanjaan minggu pertama sudah mencapai had, individu berkenaan boleh menilai semula kehendaknya sebelum menggunakan wang minggu berikutnya. 

Kaedah ini membantu mengelakkan tabiat berbelanja besar pada awal bulan sehingga terpaksa berjimat secara keterlaluan pada hujung bulan.

Namun, jika mereka tidak menghabiskan keseluruhan RM250 pada minggu itu, lebihan berkenaan boleh disimpan atau digunakan untuk minggu seterusnya.

2. Had perbelanjaan harian

Ramai orang menetapkan bajet bulanan, tetapi tidak tahu berapa banyak yang munasabah untuk dibelanjakan dalam sehari.

Sebagai alternatif, bahagikan bajet mingguan mengikut corak kehidupan sendiri mengikut hari yang berbeza.

Sebagai contoh, seseorang mungkin memperuntukkan lebih banyak wang untuk hari bekerja kerana perlu membayar pengangkutan dan makan tengah hari, manakala perbelanjaan pada hari cuti lebih rendah.

Jika bajet mingguan ialah RM250, pembahagian itu tidak semestinya RM35.70 setiap hari. 

Sebaliknya, tetapkan had yang realistik berdasarkan komitmen harian dan pastikan jumlah keseluruhannya tidak melebihi RM250.

Kaedah ini membantu seseorang merancang perbelanjaan lebih awal, bukannya membuat keputusan berdasarkan baki wang semata-mata.

Artikel Lain