Memiliki kemahiran menyediakan perkhidmatan secara dalam talian turut boleh membantu seseorang menjana pendapatan dari rumah. -Gambar hiasan AI
KETIKA diuji dengan masalah hutang serta krisis kewangan yang meruncing, ramai menyangka langkah bekerja makan gaji di pejabat adalah jalan keluar paling selamat.Mana tidaknya, selain menawarkan pendapatan tetap setiap bulan untuk perancangan kewangan yang lebih teratur, kerja pejabat lazimnya dilihat lebih stabil berbanding sektor lain seperti industri gig. Namun seorang pengguna di Threads, jasmineahmadmadza, berpandangan sebaliknya.Bagi wanita ini, kerja makan gaji di pejabat sepatutnya dijadikan pilihan terakhir apabila seseorang berdepan kemelut kewangan yang teruk."Apabila tengah berhutang dan terduduk, kerja pejabat ialah pilihan terakhir saya. Penat mengadap jammed dekat sejam, belum masuk waktu kerja lapan jam lagi."Kemudian apabila balik rumah badan dah penat, memang tak ada masa langsung nak fikir buat kerja sampingan."Bekerja di pejabat takkan buat kita jadi kreatif sebab otak dan badan dah penat fokus pada kerja bertimbun," katanya.Memilih untuk menamatkan rutin lapan jam di pejabat, wanita itu kini hanya memperuntukkan lima hingga enam jam sehari untuk menjana pendapatan alternatif.Masanya dibahagikan secara saksama antara tugasan perkhidmatan fizikal dan perkhidmatan dalam talian.Jelasnya, dengan fokus dan komitmen penuh, sasaran mengumpul pendapatan sehingga RM10,000 dalam tempoh tiga bulan bukanlah sesuatu yang mustahil.Gemar 'boring business', percaya kerja fizikal hasilkan duit Mengakui dia seorang yang percaya kepada bentuk pekerjaan tradisional, wanita yang mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran selama 30 tahun itu sangat yakin terhadap hasil titik peluh kerja fizikal.Bagi perkhidmatan luar talian, dia lebih gemar memilih perniagaan yang dipanggil 'boring business' atau 'boring service'.Aktiviti jualan makanan dari rumah merupakan antara sumber alternatif yang boleh diusahakan untuk menambah pendapatan. -Gambar hiasan AIPersoalannya, jenis servis apakah yang mampu menghasilkan duit dan daripada mana kemahiran itu boleh diperoleh?Menurutnya, tiada kemahiran rumit kerana semuanya boleh dipelajari secara percuma di YouTube.Menerusi kemahiran itu, anda boleh mengenakan kadar bayaran RM200 hingga RM500 bagi setiap perkhidmatan, antaranya:1. Refleksologi secara mobile (ke rumah pelanggan)2. Menjual aiskrim Malaysia3. Penyediaan bento makanan sihat untuk murid sekolah4. Pakej lauk makan tengah hari5. Perkhidmatan cuci kereta6. Deep clean rumah daripada masalah kutu kucing atau pijat7. Deep clean sofa dan katil8. Gubahan bunga untuk hotel, acara, atau hiasan meja9. Transformasi bilik airKuasai kemahiran jana pendapatan di platform dalam talianTidak hanya bergantung kepada kerja fizikal, wanita itu turut mengimbangi masanya dengan memanfaatkan dunia digital. Walaupun pernah mengikuti kursus penulisan di Coursera serta pengajian Amazon Business di platform EdX dengan kos sekitar 500 AS Dolar (kira-kira RM2,200), dia menegaskan kemahiran tersebut sebenarnya masih boleh dipelajari secara kendiri di YouTube jika ada kerajinan."Semua ini boleh belajar sendiri di YouTube. Tapi kalau nak lebih bagus dan teratur, bolehlah ambil kursus macam yang saya buat," katanya lagi.Antara saluran pendapatan dalam talian berjaya diperolehinya termasuk:1. Penulisan iklan: Menjana RM50 hingga RM100 untuk satu hantaran. Beliau kini mengendalikan tugasan untuk tujuh buah syarikat.2. Pengendali entri data atau data entry: Menerima bayaran dalam mata wang sekitar 5 hingga 40 AS Dolar (RM22 hingga RM175).3. Pencipta kandungan (media sosial): Memperoleh pendapatan purata 200 AS Dolar (RM880) sebulan.4. Pekerja affiliate: Menjana pendapatan sampingan sekitar 50 hingga 800 AS Dolar (RM220 - RM3,500) sebulan.