suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara alih suara animasi, Vince hilang suara sebulan... Terpaksa berpantang menjelang GV Fantasia

JUARA Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Vince Chong bakal mendapatkan khidmat ahli terapi vokal bagi membantu menjaga kualiti suaranya selepas pulih daripada penyakit laryngitis yang menyebabkannya kehilangan suara.

Menurut Vince, 47, masalah berkenaan berlaku selepas dia melakukan kerja alih suara untuk sebuah projek animasi miliknya selama dua minggu berturut-turut.

Jelas Vince, tugasan tersebut memerlukan dia banyak bercakap sehingga memberi kesan kepada keadaan suaranya.

“Mungkin saya akan pergi jumpa ahli terapi vokal untuk penjagaan suara kerana saya baru nak pulih daripada laryngitis.

“Laryngitis itu macam suara terus hilang, tetapi sekarang selepas sebulan, suara saya perlahan-lahan pulih seperti biasa.

“Ini akibat saya buat alih suara, bukan menyanyi tetapi bercakap selama dua minggu untuk animasi saya,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Vince berkata dia perlu lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan bagi memastikan keadaan suaranya terus pulih, lebih-lebih lagi menjelang penyertaannya dalam program Gegar Vaganza Fantasia yang bakal bermula pada 8 November depan.

“Jadi sekarang saya kena banyak pantang, tak boleh minum kopi atau makan makanan bergoreng,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi