suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berlinang air mata Mamat Sepah, risau isteri kemalangan jalan raya... “Memang Allah nak selamatkan”

ISTERI kepada pelawak Mamat Sepah iaitu Nana mengalami trauma selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat lalu.

Berkongsi mengenai kejadian itu, Nana atau nama sebenarnya Nordiana Ibrahim, berkata ini merupakan pengalaman pertama dia berdepan dengan situasi mencemaskan itu.

Menurutnya, dia bersyukur kerana diberikan kesempatan kedua untuk meneruskan kehidupan selepas kejadian berkenaan.

“Itu pengalaman pertama saya... Tak pernah terlibat mana-mana kemalangan sebelum ini, semasa itu hujan, kami sedang menuju ke Melaka dan ketika melalui kilometer 243, kereta kami terbabas di Pedas Linggi, Negeri Sembilan.

“Kakak kepada Watie tiba-tiba tidak boleh kawal stereng lalu melanggar penghadang jalan dan ada orang langgar kereta kami menyebabkan berhenti di tengah jalan lebuh raya.

“Saya memang trauma kerana kali pertama dan mengigil ketika itu, saya sampai termenung dan rasa macam kosong serta berfikir jauh… syukur sebab Allah berikan peluang kedua untuk hidup,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi