suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amerul Affendi harap Aziz M. Osman tak patah semangat, yakin karya pengarah itu masih relevan

PELAKON Amerul Affendi berharap pengarah Aziz M. Osman tidak patah semangat selepas filem 6 Jilake mendapat tempat di platform penstriman Netflix.

Menurut Amerul atau Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 40, dia percaya Aziz masih relevan dalam industri perfileman ketika ini sekiranya mempunyai pasukan yang mampu memahami dan mengangkat karya dihasilkannya.

"Saya harap Aziz tak patah semangat, kalau tidak tahun lepas juga dengar keluhan dia rasa sudah tak relevan.

"Bagi saya Aziz masih relevan jika ada pasukan yang bagus dan boleh pikul karyanya.

"Cara penceritaan Aziz sangat menarik, melangkaui zaman. Tak kiralah Gen Z atau Alpha, semua orang boleh layan," katanya kepada mStar.

Amerul berkata, kekuatan Aziz sebagai pengarah terletak pada cara penceritaan yang tidak terikat dengan sesuatu generasi dan masih mampu diterima penonton daripada pelbagai latar usia.

Dalam perkembangan lain, Amerul antara pelakon yang menjayakan drama bersiri Dia Perempuan Sialan yang ditayangkan menerusi platform penstriman Viu.

Drama berkenaan mula ditayangkan pada 24 September lalu dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Meerqeen, Hannah Delisha, Caitlin Halderman, Datin Seri Umie Aida, Farah Ahmad, Nadia Aqilah dan Nadya Syahera.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi