suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faizal AF4 tak fikir panjang sertai GV Fantasia, bukan mudah cari makan sebagai penyanyi

PENYANYI Faizal AF4 mendedahkan dia pernah menerima pelbagai tawaran kerja dalam bidang seni, namun kebanyakannya tidak menjadi kenyataan.

Faizal atau Mohammad Faizal Ramly, 42, berkata dia juga mempunyai banyak pengalaman berdepan situasi ditipu pihak tertentu sepanjang bergelar anak seni.

Bagaimanapun, dia memilih untuk menyimpan sendiri pengalaman pahit yang dilalui dan menjadikannya sebagai pengajaran dalam perjalanan kariernya.

“Pernah dapat macam-macam tawaran, ada yang kata nak buat persembahan tetapi tiba-tiba perbualan itu lari daripada tujuan sepatutnya.

“Kalau cakap pernah kena tipu, memang banyak. Orang ingat mudah jadi penyanyi tetapi sebenarnya banyak perkara yang perlu dilalui,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai penyertaannya dalam program Gegar Vaganza Fantasia, Faizal berkata peluang tersebut merupakan sesuatu yang sudah lama dinantikannya.

Menurut Faizal, dia tidak teragak-agak untuk menerima tawaran daripada Astro kerana melihatnya sebagai peluang baik untuk kembali mempromosikan dirinya dalam industri muzik.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi