suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tompok warna biru membesar penuh tapak tangan” - Afieq Shazwan tak sedar jari kelengkeng patah selepas jatuh dalam bilik air

BAK kata pepatah, malang tidak berbau. Itu yang berlaku kepada penyanyi lagu Lelaki Di Telefon Afieq Shazwan apabila mengalami patah di bahagian jari kelengkeng akibat jatuh di dalam bilik air di rumahnya pada 12 April lalu.

Afieq, 23, berkata pada mulanya dia menyangka hanya mengalami kecederaan biasa namun terkejut apabila tapak tangannya mula membengkak dan menjadi biru.

“Pada mulanya tangan saya hanya bengkak biasa... jadi saya sapu minyak untuk surutkan bengkak itu.

“Namun bengkak itu semakin besar dan tidak surut, doktor suruh saya hantar gambar bahagian tangan dan dia terkejut melihat tapak tangan saya sudah menjadi biru,” katanya kepada mStar.

Tambah Afieq, dia terpaksa memandu seorang diri pergi ke hospital kerana akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun dalam keadaan tangan membengkak.

“Di sebabkan PKP, tiada siapa boleh hantar saya ke hospital... saya memandu sendiri menggunakan tangan kiri sahaja.

“Hari kedua juga saya pergi ke hospital seorang diri sebab kita kena ikut prosedur PKP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Afieq Shazwan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi