Samakan karier nyanyian macam ‘rumah teres’, Amir Masdi sedar diri kurang popular - “Belum naik macam Kinabalu, InsyaAllah one day”

PENYANYI Amir Masdi mendedahkan hadiah wang tunai kemenangannya semasa menyertai program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) masih ada sebagai simpanannya untuk masa hadapan.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi , 24, berkata, dia hanya menggunakan sebahagian daripada wang tunai sebanyak RM50,000 itu untuk membeli kasut dan mikrofon.

“Sejujurnya saya berasa takut apabila lihat ada wang yang banyak dalam akaun ketika itu sampai tertanya-tanya apa saya perlu lakukan dengan wang tersebut.

“Tapi akhirnya saya memutuskan untuk hanya membeli beberapa pasang kasut dan juga mikrofon untuk pelaburan masa hadapan, sebenarnya sebahagian daripada hadiah wang tunai tersebut masih lagi tersimpan sehingga kini. Saya memang dah nekad enggan bersikap boros,” kata Amir kepada mStar.

amir masdi
Semua
Hiburan
Berita
Variasi