suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Black Hanifah bangga pencapaian Dayyan dalam bola sepak, intai peluang masuk sekolah sukan

PENYANYI Black Hanifah menyokong penuh minat anak lelakinya, Khaleef Dayyan yang aktif dalam sukan bola sepak sejak kecil.

Menurut Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 39, bakat dimiliki Dayyan dalam sukan berkenaan sudah cukup menarik perhatian beberapa jurulatih untuk membawanya ke peringkat lebih tinggi.

Tetap mengutamakan pendidikan, Black dan isteri bagaimanapun turut memberi tumpuan kepada perkembangan Dayyan dalam bidang bola sepak selepas anaknya itu meraih pelbagai pencapaian sejak berusia tujuh tahun.

"Pendidikan penting dan Alhamdulillah, pelajaran Dayyan serta adiknya, Rindu, juga bagus.

"Bola sepak kita fokus sebab Dayyan sudah mencapai banyak pencapaian dalam bidang itu sejak umur tujuh tahun.

"Bakat yang Dayyan ada itu sahaja sudah cukup menarik minat beberapa jurulatih untuk membawanya ke peringkat lebih besar," katanya kepada mStar.

Berkongsi perkembangan terkini, Black berkata, Dayyan bakal berangkat ke Brunei pada 20 November ini bagi menyertai satu program bola sepak di bawah kelab Harimau Olimpia.

Lebih menarik, penyertaan tersebut ditaja sepenuhnya selain pemain turut diberikan perlindungan insurans sepanjang program berkenaan.

Black menyifatkan peluang itu sebagai satu perkembangan positif buat anaknya dan tidak menolak kemungkinan menghantar Dayyan ke sekolah sukan sekiranya mempunyai rezeki pada masa akan datang.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi