suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adrian Teh sanggup labur modal besar demi ‘money shot’, wajib ada sentuhan dalam setiap filem

PENGARAH dan penerbit Adrian Teh mengakui segan untuk menganggap money shot sebagai trademark atau identiti tersendiri dalam setiap karya arahannya.

Adrian, 42, bagaimanapun berkata dia gemar menghasilkan babak sedemikian meskipun menyedari ia memerlukan kos yang besar bagi memastikan hasilnya memenuhi standard ditetapkan.

Malah, dia tidak keberatan untuk melabur demi menghasilkan money shot yang mampu memberikan impak kepada penonton.

“Malu untuk cakap money shot adalah trademark saya, tetapi memang benda yang saya suka buat.

“Ya, saya tak kisah untuk melabur bagi menghasilkan money shot. Dalam setiap filem saya juga kena ada sekurang-kurangnya satu money shot,” katanya kepada mStar.

Money shot merupakan babak yang menonjolkan visual berskala besar, dramatik dan memberi impak kepada penonton, lazimnya memerlukan kos produksi yang tinggi untuk menghasilkan kesan visual yang mengagumkan.

Berkongsi lanjut, Adrian menjelaskan penghasilan babak sedemikian merupakan satu cabaran peribadi buat dirinya sebagai pengarah.

Pada masa sama, dia percaya money shot mampu menjadi antara tarikan yang memberikan pengalaman berbeza kepada penonton ketika menyaksikan sesebuah filem.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi