suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baju kurung siap pada hari Tun Hasmah meninggal dunia, Khairuddin terkilan tak sempat serah hadiah terakhir

SUAMI kepada pelakon Datin Seri Umie Aida iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terkilan apabila baju kurung yang ditempah khas untuk Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tidak sempat diserahkan kepada tokoh wanita berkenaan.

Cerita Khairuddin, 58, Allahyarham sempat mencuba pakaian berkenaan dua hari selepas majlis sambutan hari jadi arwah pada Julai lalu, namun isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu meminta untuk membesarkan sedikit pada bahagian baju berkenaan.

“Dua hari selepas majlis sambutan hari jadi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Dr Hasmah, arwah sempat mencuba baju kurung yang Umie pesan.

“Tetapi kebetulan baju kurung itu ketat. Jadi Allahyarham panggil Abang Din ke rumah untuk ambil baju tersebut dan memberikan sampel baju kurung lama arwah untuk dibesarkan saiznya.

“Itulah servis Abang Din yang terakhir buat Allahyarham Tun Dr Hasmah. Malangnya, baju kurung itu siap pada hari Allahyarham meninggal dunia iaitu pada Isnin,” katanya.

Khairuddin berkata, urusan membesarkan saiz baju kurung tersebut menjadi khidmat terakhir dilakukannya buat Allahyarham sebelum pemergian beliau.

Dalam pada itu, Khairuddin turut menganjurkan majlis khatam al-Quran, bacaan Yasin dan tahlil khusus buat Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah pada malam Rabu.

Majlis berkenaan diadakan di Titiwangsa, Kuala Lumpur sebagai tanda penghormatan dan doa buat Allahyarham Tun Siti Hasmah.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi