suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puteh tak pernah bergaduh fasal duit, Ali bahagi pendapatan sama rata dengan Mamak

PELAWAK Ali Puteh mengakui tidak pernah berdepan sebarang masalah dan isu berkaitan pembahagian pembayaran bersama rakan kumpulannya iaitu Mamak Puteh.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 37, berkata, setiap pembahagian bayaran yang diterima akan dimaklumkan secara terlebih dahulu sebelum dibahagikan sama rata kepada ahli lain.

Malah, isu berkaitan bayaran tidak pernah berbangkit dan menjadi pertikaian antara mereka sejak awal pembabitan dalam bidang seni.

“Minta maaf dulu ya, saya tak nak sentuh apa-apa isu yang berkaitan kerana mereka (pelawak) semua adalah rakan–rakan-rakan saya.

“Apa yang boleh saya katakan, kalau saya bersama dengan Mamak akan declare bayaran dan akan bahagi sama rata. Memang soal bayaran, sejak dari dahulu lagi tak pernah timbul sebarang isu antara kami.

"Sejak awal lagi pembabitan kami dalam bidang ini, keputusan dibuat adalah sepakat bersama-sama. Namun, tak dinafikan ada juga antara kami yang salah seorang akan dapat lebih banyak daripada lain," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi