suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama menyepi akibat ‘burnout’, Zukie Mohamad kembali aktif buat video... Saiful Apek banyak beri nasihat

HAMPIR setahun tidak menghasilkan video, personaliti media sosial Zukie Mohamad mengakui berdepan fasa burnout sejak tahun lalu.

Zukie atau nama sebenarnya Zulkifli Mohamad, 34, berkata, dia kini kembali bersemangat untuk berkarya selepas mendapatkan bantuan idea dan inspirasi menerusi perbincangan bersama rakan-rakan dalam industri seni.

"Sekarang ini, saya tengah burnout dan mula mengalami burnout sejak tahun lepas sebab itulah tak buat video, saya memang berada dalam fasa burnout dan tak mampu nak hasilkan video seperti biasa.

"Biasanya, saya akan buat dulu apa-apa yang saya nak buat lepas itu, barulah saya berehat sekejap dan ada satu fasa apabila kita rasa macam dah tak tahu nak buat apa lagi... Saya akan pergi lepak dengan orang yang boleh menyumbang sesuatu kepada diri saya.

"Saya ada berjumpa dengan Kodi Rashid berbual tentang perfileman dan berikan idea kepada saya. Walaupun saya tak buat filem tapi idea-idea itu boleh membantu saya untuk terus berkarya… rasanya saya dah lari jauh daripada landasan asal saya sekarang ini, keadaan saya dah okey sikit dan mula buat video semula seperti sketsa Ramadan selama 30 hari,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Zukie baru saja memenangi pertandingan Celebrities Snooker Tournament 4.0  membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 manakala tempat kedua jatuh kepada Johan Raja Lawak.

Pertandingan ini berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad yang disertai oleh beberapa selebriti dan TikToker antaranya Rahim Sepahtu, Ali Puteh, Khai Af, Kazar, Fuad Nasir, Shah Busy dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi