suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir lima tahun menyepi, Aman Ra bakal aktif menyanyi semula

PENYANYI rap Aman Ra memberitahu dia kini bakal kembali aktif dalam industri muzik selepas beberapa tahun menyepi.

Aman Ra, 40, berkata, tempoh menyepi itu bukan bermaksud meninggalkan dunia muzik, sebaliknya banyak menghabiskan masa di studio bagi mencari ilham dan inspirasi baharu.

Menurutnya, dia tidak pernah meletakkan kemunculan semula dalam industri muzik sebagai satu keutamaan, sebaliknya lebih selesa memberi tumpuan kepada kerja belakang tabir.

“Saya memang jenis begitu. Kalau saya nak keluar, saya keluar kalau tak nak keluar, saya tak keluar. Sebelum mula dikenali menerusi lagu Bangun pun, saya memang macam itu dalam komuniti saya.

“Apabila berlakunya PKP dan sebagainya, saya kembali ke studio, fokus pada kerja serta cuba mencari karya, ilham dan inspirasi baharu. Kebanyakannya memang kerja di sebalik tabir.

"Semua orang sedang bekerja. Ada hari keadaan menjadi baik dan tenang, ada hari pula keadaan menjadi keruh, kadangkala ia hanyalah sebahagian daripada kerja dan perjalanan hidup. Arus itu ada masa jernih, ada masa keruh. Setiap musim juga membawa rezekinya yang berbeza," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi