suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya dan Azwan Kombos tak sefahaman sangat” - Ezzaty Abdullah tegur wanita jangan seronok buka aib pasangan

PELAKON Ezzaty Abdullah berpendapat masalah rumah tangga sebaik-baiknya tidak dikongsi secara berlebihan di media sosial demi menjaga aib pasangan dan keluarga.

Menurut Ezzaty,36, meskipun ada wanita memilih untuk mendedahkan masalah peribadi bagi mendapatkan sokongan atau memberi pengajaran kepada orang lain namun perkara itu tetap mempunyai baik dan buruknya.

Katanya, dia sendiri lebih selesa menyimpan masalah rumah tangga daripada berkongsi kepada umum kerana menganggap setiap perkara tidak semestinya perlu diketahui umum.

“Bukan apa, sebab apabila isu melibatkan keluarga, ada yang berpendapat kita tak perlu membuka aib rumah tangga.

“Saya sendiri pun sebenarnya tak berapa setuju kalau orang terlalu terbuka bercerita tentang masalah keluarga, kadang-kadang saya terfikir juga, diam-diam sajalah. Itu masalah rumah tangga you,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu tidak mahu menghakimi wanita yang memilih untuk berkongsi masalah rumah tangga kerana percaya setiap individu mempunyai pengalaman dan sebab tersendiri.

“Saya tak suka judge wanita lain sebab saya tak berada dalam kasut mereka sebab saya tak berada dalam situasi mereka. Jadi, saya tak boleh nak judge, mungkin seseorang wanita itu jadi begitu disebabkan perkara-perkara yang pernah berlaku dalam kehidupan dia sebelum ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi