suria

Nur Shahida kongsi kisah Yusoff hidap ADHD dan disleksia, pernah panjat atap genting rumah nak jadi ‘superhero’

ISTERI kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mengakui anak keempat mereka, Yusoff Al Qardawi mengalami masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) serta masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Menurut Shahida atau Nur Shahida Mohd Rashid, 41, tingkah laku Yusoff sudah menunjukkan kelainan sejak usianya setahun yang mana dia sangat aktif berbanding kanak-kanak lain.

“Anak-anak saya yang lain seperti Qadejah dan Ibraheem pernah disahkan menghidap disleksia. Mereka pernah mengikuti pendidikan di sekolah khas selama kira-kira enam bulan sebelum kembali ke sekolah biasa.

“Apabila saya perhatikan Yusoff, saya dapat rasakan dia berbeza. Dari umur setahun hingga dua tahun, hampir setiap hari dia mengalami benjol di kepala. Dia juga pernah naik ke atap genting rumah sendirian pada usia lima tahun.

“Katanya dia nak jadi ‘superhero’. Yusoff ini dia tidak takut untuk terjun ke kolam ikan dan sangat gembira melakukannya. Saya bawa dia berjumpa pakar kanak-kanak dan selepas beberapa ujian dijalankan, Yusoff disahkan menghidap ADHD,” katanya kepada mStar.

Tambah Shahida, sejak awal tahun lalu, Yusoff mengikuti terapi dua kali seminggu dan kini menunjukkan perkembangan positif selepas menghadiri kelas tersebut.

Untuk rekod, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan enam orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi