suria

Pelakon drama kurang dipandang, Sarimah Ibrahim minta peminat hargai semua anak seni

AKTRES dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim mengakui bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai pelakon drama kerana proses penggambaran yang padat selain menuntut komitmen tinggi berbanding terlibat dalam produksi filem.

Menurut Sarimah, 48, masyarakat seharusnya lebih menghargai setiap anak seni tanpa membezakan nilai karya sama ada dihasilkan untuk drama televisyen, filem atau platform lain.

“Pelakon drama ini kadang-kadang mereka rasa berbeza daripada pelakon filem, tapi sebenarnya tidak.

“Bayangkan dalam satu hari pelakon drama ini perlu menjayakan sehingga 20 babak. Dalam masa sama kena menangis, ketawa, makan, kemudian menangis lagi, selepas itu tukar kostum dan sambung babak lain.

“Semua itu perlukan bakat, kesabaran dan kemahiran yang sangat tinggi,” katanya kepada mStar.

Justeru itu, dia berharap orang ramai dapat memberi penghargaan sewajarnya kepada para pelakon yang bekerja keras menjayakan sesebuah naskhah.

“Saya rasa kita kena lebih hargai setiap pelakon di semua platform,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi