suria

Zur Eda sedih ramai rakan seperjuangan ‘pergi’ selamanya, cerita keakraban artis 80-an walau pernah berselisih faham

PENYANYI Zur Eda mengakui sedih apabila mengenangkan semakin ramai rakan seperjuangan dalam industri seni era 1980-an yang telah pergi menghadap Ilahi.

Menurut Zur Eda atau Zuraidah Mokhtar, 61, walaupun pernah melalui fasa perselisihan faham dan terasa hati, hubungan yang terjalin sejak awal pembabitan dalam dunia seni membuatkan mereka tetap kembali berbaik.

“Saya gembira sahaja sekarang cuma dalam masa sama ada rasa sedih kerana melihat satu demi satu rakan seperjuangan saya sudah pergi buat selamanya.

“Kami artis 80-an sangat rapat macam dengan arwah Rohana Jalil, Nasir Wahab, Maya Matahari dan ramai lagi.

“Dah macam adik-beradik kami ini. Kadang-kadang kalau bergaduh atau ada sentap, kami tetap kembali berbaik dan lupakan,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Zur Eda berkata, keakraban yang terjalin bukan sekadar di pentas persembahan, sebaliknya mereka saling membantu antara satu sama lain tanpa pernah berniat mengaibkan sesiapa.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi