suria

Ramai masih pandang serong walaupun dah berubah, Mamat biarkan netizen terus kutuk

MESKIPUN sudah lama meninggalkan kisah hitam yang pernah menghimpit hidupnya, vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat mengakui masih ada segelintir pihak memandang serong terhadap dirinya berhubung isu dadah yang pernah dikaitkan sebelum ini.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Ali Kamarudin, 49, berkata, dia enggan mengambil pusing dengan kecaman mahupun tanggapan negatif yang dilemparkan.

Sebaliknya, dia kini lebih memilih untuk fokus meneruskan kehidupan serta mencari rezeki seperti insan lain.

“Saya anggap biasa saja bila ada yang masih pandang serong.  Malah sekarang ini saya biarkan saja jika ada yang pandang negatif. 

“Apa yang berlaku ini bukan permintaan saya tapi semuanya sudah tertulis. Tuhan lebih mengetahui apa yang saya lakukan sekarang ini.

“Biarlah apa mereka nak cakap sebab dosa semua mereka yang tanggung,”katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Mamat bakal menjayakan sebuah konsert dinamakan Ijmal Cinta Ramadan yang bakal berlangsung di Saloma Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026.

Selain Mamat, konsert itu turut membariskan barisan artis legenda tanah air iaitu Shima, To'ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Kopratasa, Zack Budak Kacamata dan The Rayhan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi