suria

Agy reda muzik video ‘Lala Raya’ dapat banyak ‘dislikes’, tetap positif pada bulan Ramadan... “Mungkin ini cara Allah nak buka pintu rezeki lebih besar”

PERSONALITI media sosial, Agy mengakui semakin matang apabila sudah mampu menerima pelbagai komen baik dan buruk yang dilemparkan netizen berhubung muzik video terbaharunya iaitu Lala Raya.

Menurut Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, 29, setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya kini dilihat sebagai satu bentuk pengalaman dan pengajaran yang perlu diterima dengan hati terbuka.

“Saya sampai sudah berada pada tahap menerima apa sahaja yang orang nak cakap. Nak beri dislikes, itu hak masing‑masing.

"Benda ini di luar kawalan saya. Cuma saya ambil mana yang baik dan perkara tak baik saya tinggalkan. Pedih itu, kenalah telan sahaja sebab ia adalah proses membesar,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai reaksi netizen terhadap muzik video raya tersebut, Agy berkata dia tidak pernah berniat untuk mencetuskan sebarang kontroversi semata‑mata untuk mencari 'engagement' atau perhatian.

Kata Agy, setiap perkara negatif yang diterima dipandang secara positif sebagai satu bentuk ujian dan peluang untuk memperbaiki diri.

“Allah dah susun semuanya berbeza kali ini. Saya tak pernah merancang pun benda ini sampai jadi besar. Tiada langsung niat untuk burukkan diri sendiri semata‑mata nak engagement

“Saya anggap semua yang berlaku ini adalah rezeki. Allah nak tegur saya dan mungkin ini adalah cara Dia nak buka pintu rezeki baru yang lebih besar.

“Saya fikir positif, apatah lagi sekarang kita berada dalam bulan Ramadan. Saya serahkan semua ini pada Allah. Dia tahu niat saya dan saya serahkan segalanya pada Dia,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi