suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak hirau cakap belakang, Azharina fokus jaga kesihatan mental

DEMI mahu menjaga kesihatan mental, penyanyi Azharina enggan ambil peduli terhadap segala kecaman atau cakap belakang mengenai dirinya di media sosial.

Menurut Azharina atau Azharina Azhar, 41, fokusnya kini hanya mahu menikmati kehidupan yang sihat dan tidak mahu lagi terkait dengan perkara negatif yang boleh memudaratkan diri. 

“Setiap orang pasti melalui fasa kehidupan berbeza setiap hari. Ada yang jatuh atau bangun, sama juga macam kerja ada yang suka atau tidak. 

“Jadi saya memang tidak ambil tahu mengenai cakap-cakap orang mengenai diri saya.

“Pada usia sekarang ini, lantaklah orang nak cakap apa sebab saya sudah lalui banyak sangat fasa kehilangan. Sebelum ini hilang bapa,  kemudian anak (angkat) dan saya pernah jatuh sakit.

“Jadi fokus saya sekarang ini lebih kepada kesihatan mental,” katanya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi