suria

Watie Hanifiah tak boleh duduk diam walaupun sarat hamil, Shuib dipaksa jadi tukang urut

MESKIPUN usia kandungan sudah memasuki tujuh bulan, namun tidak menghalang isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah untuk terus kekal aktif dan keluar bekerja. 

Watie, 36, berkata, dia bersyukur kerana sepanjang kehamilan anak pertama itu dia tidak mengalami alahan pelik, malah bersyukur kerana suami dan anak tirinya turut membantu dalam menguruskan kerja rumah.

“Alhamdulilah sekarang ini usia kandungan saya sudah masuk tujuh bulan dan dijangka bersalin pada April depan. Jadi sempatlah nak makan juadah raya dulu.

“Saya bersyukur kerana sepanjang kehamilan ini tiada nak makan yang pelik-pelik, cuma kerap rasa penat saja. Selain itu, sekarang ini Shuib terpaksa jadi tukang urut sebab kaki saya selalu sakit. 

“Saya juga tidak boleh duduk rumah sebab hanya akan makan dan tidur saja. Saya lebih seronok keluar seharian walaupun tak buat apa-apa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi