suria
mStar - Urban.Versatil

Adam Bakery perlu populariti Ryan untuk terus dikenali, enggan terus duduk di bawah ‘ketiak’ abang

PERSONALLITI media sosial Adam Bakery mengakui sehingga kini dia masih belum mampu menandingi populariti abangnya iaitu Ryan Bakery.

Menurut Adam, 27, dia pernah mencuba beberapa kali untuk bergerak secara solo namun gagal kerana populariti abangnya itu membuatkan dia lebih dikenali selain sering dibayangi oleh abangnya itu. 

“Tahun 2026 ni saya dan abang berjaya hasilkan satu produk kami sendiri dan sekarang ni saya masih bekerja dengan Ryan lagi. 

“Sebelum ini saya pernah cuba untuk lari sekejap daripada dibayangi abang, maksudnya tanpa ada kehadiran Ryan dalam mana-mana kandungan saya tapi tidak berjaya.

“Sebab kami adik beradik jadi pengaruh Ryan kepada saya memang kuat memandangkan kami sudah buat benda ni sudah lama jadi agak susah kalau nak buat benda baru. Walau bagaimanapun saya tidak mahu terlalu bergantung dengan abang saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi