PENYANYI Adeep Nahar menjelaskan dia tidak pernah menyertai mana-mana jemaah tabligh seperti didakwa, sebaliknya hanya mengikuti kelas agama bagi menambah ilmu dan memperbaiki diri.Menurut Adeep atau Abdul Mutalib Nahar, 49, salah faham itu timbul selepas rakannya, Cat Farish pernah mengeluarkan kenyataan yang mengaitkannya dengan aktiviti berkenaan. “Berita saya masuk tabligh memang tak betul. Saya tak pernah sertai tabligh. Cerita itu tak benar.Adeep hanya ikuti kelas agama.“Sebenarnya saya hanya mendalami agama. Saya masih bekerja seperti biasa, cuma lebih kerap ke surau dan masjid untuk belajar.“Ini semua fasal Cat Farish, tiba-tiba keluar berita kata saya masuk tabligh. Sampai hari ini masih ada yang ingat saya sertai jemaah tabligh,” katanya berseloroh kepada mStar.Adeep berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Previu Buffet Ramadan anjuran Farmer Village dan Gajah Tiga di Farmer Village, Semenyih, Selangor pada petang Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Adeep Keluar Fabulous Cats Untuk BerdakwahARTIKEL BERKAITAN: Adeep-Dina: Kami serasi tapi tak mungkin ‘bersama’Menurut vokalis kumpulan The Fabulous Cats, ketika itu dia terdetik untuk mendalami ilmu agama sebagai persediaan sebelum bergelar suami.Malah kata Adeep, dia belum sampai ke tahap untuk mengikuti aktiviti keluar berdakwah dalam tempoh tertentu seperti tiga atau 40 hari dan menyifatkan individu yang mampu melakukannya sebagai insan hebat.“Waktu itu saya fikir, kalau nak bina rumah tangga takkan saya nak terus begini. Jadi saya cuba perbaiki diri dengan belajar dan menambah ilmu agama sebelum berkahwin.Adeep dijumpai pada majlis Previu Buffet Ramadan anjuran Farmer Village dan Gajah Tiga.“Tapi bukan sampai tahap keluar selama tiga hari atau 40 hari, itu saya tak pernah buat.“Bagi saya mereka yang buat itu hebat. Cuma saya belum sampai ke tahap itu. Namun kalau diberi peluang, mungkin saya akan cuba,” ujarnya.Pada 2011 Cat pernah memberitahu media bahawa Adeep meninggalkan kumpulan berkenaan kerana mahu terlibat dengan aktiviti keagamaan, sekali gus menimbulkan tanggapan dia menyertai jemaah tabligh.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!