KETUHAR gelombang mikro atau microwave sememangnya menjadi antara peralatan elektrik pilihan ramai kerana memudahkan urusan memanaskan makanan dalam tempoh singkat.Namun, masih ramai tidak menyedari terdapat beberapa barangan harian tidak sesuai dimasukkan ke dalam microwave kerana berisiko menyebabkan kebakaran atau menjejaskan keselamatan makanan. Menerusi perkongsian rangkaian peruncit barangan elektrik, DJ Global Electronic Sdn Bhd [Tonton Video], menjelaskan terdapat lima jenis barangan yang perlu dielakkan ketika menggunakan peralatan berkenaan.Sesetengah barangan seperti span boleh mengundang risiko kebakaran. -Gambar hiasan AI1. Barang berasaskan logamAntara barangan yang tidak boleh dimasukkan ke dalam microwave ialah aluminium foil, sudu, garpu dan mangkuk besi.Ini kerana logam boleh memantulkan gelombang mikro sehingga menghasilkan percikan elektrik atau spark yang berpotensi mencetuskan kebakaran.Lebih membimbangkan, sisa makanan berminyak yang tidak dibersihkan di dalam microwave juga boleh meningkatkan risiko kebakaran sekiranya terkena percikan berkenaan.2. Bekas polistirena atau styrofoamBekas makanan daripada bahan polistirena atau styrofoam juga tidak sesuai digunakan kerana berisiko mencair apabila terdedah kepada suhu tinggi.Keadaan itu boleh menyebabkan sisa bahan berkenaan bercampur dengan makanan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna.3. Bekas plastik tanpa label microwave-safePenggunaan bekas plastik yang tidak mempunyai label sesuai untuk microwave perlu dielakkan kerana sesetengah jenis plastik boleh melepaskan bahan kimia ke dalam makanan apabila dipanaskan.Walaupun bekas berkenaan kelihatan masih elok, pengguna mungkin tidak menyedari bahan daripada plastik tersebut telah bercampur dengan makanan.4. Beg kertas berwarna coklatBeg kertas yang lazim digunakan untuk membungkus makanan di pasar malam juga tidak boleh dimasukkan ke dalam microwave.Ini kerana bahan berkenaan berisiko terbakar apabila terdedah kepada haba sepanjang proses pemanasan.5. Span pencuci pingganMungkin ramai tidak menyangka span pencuci pinggan turut disenaraikan sebagai antara bahan yang perlu dielakkan.Menurutnya, terdapat pengguna yang cuba memasukkan span ke dalam microwave dengan tujuan membunuh bakteria, sedangkan tindakan itu boleh menyebabkan span terbakar.Sebagai alternatif, pengguna disarankan menggunakan bekas daripada bahan kaca, porselin, seramik atau tembikar yang sesuai untuk microwave serta tidak mempunyai unsur logam.Dalam masa sama, pengguna juga dinasihatkan supaya tidak memanaskan makanan menggunakan bekas yang ditutup rapat atau kedap udara.Ini kerana tekanan wap boleh terkumpul di dalam bekas ketika proses pemanasan, sekali gus menyebabkan penutup tercampak atau makanan panas terpercik apabila dibuka.Situasi itu berisiko menyebabkan kecederaan, terutama jika makanan berkuah atau cecair panas terkena muka dan kulit.