Bayaran sewa rumah lazimnya dibuat secara bulanan berdasarkan kadar sewaan yang telah dipersetujui antara pemilik rumah dengan penyewa. -Gambar hiasan AI
KERENAH penyewa ada kalanya boleh mengundang pelbagai masalah hingga membuatkan tuan rumah pening kepala.Lazimnya isu penyewa pengotor atau liat membayar sewa sering dipaparkan di media sosial, namun perkongsian oleh seorang individu ini nyata mencuri perhatian ramai. Menerusi satu hantaran di media sosial, individu berkenaan meminta pandangan mengenai hasratnya untuk memohon pengurangan kadar bayaran sewa bulanan rumah yang didiaminya.Menurut individu berkenaan, dia bersama keluarga merancang untuk pulang ke kampung sempena cuti sekolah pada Disember ini.Kontrak atau perjanjian rumah sewa adalah dokumen penting yang akan melindungi penyewa dan pemilik rumah. -Gambar hiasan AI"Patut ke saya minta kurangkan duit sewa rumah? Sebab cuti sekolah bulan Disember kami sekeluarga nak balik kampung selama tiga minggu."Owner minta bayar penuh," tulisnya dalam hantaran yang dimuat naik dalam satu grup di Facebook. Individu berkenaan bagaimanapun tidak berkongsi lanjut termasuk kadar sewa bulanan bagi rumah yang didiaminya. ARTIKEL BERKAITAN: Culas bayar sewa hingga terpaksa halau keluar... ‘Owner’ terkejut penyewa tinggalkan longgokan al-Quran wakaf - “Siap ada senarai nama”ARTIKEL BERKAITAN: 7 tahun menyewa atas ihsan pemilik, kumpulan pelajar perempuan tak pernah cuci langsir, tuala wanita lekat di tingkap, “Ingat ni muzium seni ke?”Hantaran tersebut ternyata mengundang kecaman warga maya yang membangkitkan tentang tanggungjawab penyewa sebagaimana perjanjian atau kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak. "Dia macam ni, kau kena tengok balik tenancy agreement tu. Kau sewa bulanan. Bukan sewa homestay. Jadi kau nak pegi bercuti sebulan ke dua bulan ke, itu semua bukan urusan owner. Kalau tak nak menyewa, beli rumah sendiri."Aku ni tiga bulan balik kampung sebab berpantang. Tak ada pula nak minta kurangkan sewa. Sampai bertahi cicak rumah aku."Biasalah ada penyewa macam ni. Kadang cakap dia student la, ibu tunggal la, OKU la (orang kurang upaya)," komen mereka.Seorang individu berhasrat meminta pengurangan sewa rumah kerana ingin pulang ke kampung.Menurutnya, dia dan keluarga bercuti selama 3 minggu sempena cuti sekolah.Individu itu meminta pandangan kerana tuan rumah tetap meminta bayaran sewa penuh.Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi warga maya namun ramai mengecam individu tersebut.Netizen berpendapat penyewa perlu mematuhi perjanjian sewa yang dipersetujui bersama.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, ada yang berpandangan bahawa pemilik rumah perlu bertegas agar penyewa tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan terhadap hak mereka."Tuan rumah boleh suruh penyewa clear barang-barang dalam rumah sekali."Boleh... simple je, owner cari penyewa lain," demikian pandangan netizen lain.