SERING dilihat bertutur dalam bahasa Inggeris ketika berhadapan orang ramai, anak kepada guru tari Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu mengakui berasa bimbang untuk menggunakan bahasa Melayu.Ratu atau nama sebenarnya Tengku Ratu Haidar Tengku Iskhan Shah, 17, berkata dia sebenarnya fasih berbahasa Melayu, namun mudah berasa gementar kerana bimbang tersalah menyusun kata sehingga menimbulkan salah faham. "Sebenarnya saya boleh bercakap dalam bahasa Melayu, cuma apabila berhadapan dengan pihak media, saya lebih mudah berasa gementar kerana takut tersilap cakap.Ratu selesa menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan."Saya cuma tidak mahu melakukan kesilapan, jadi saya lebih berhati-hati apabila bercakap. Apabila bersama rakan-rakan rapat, saya memang bercakap dalam bahasa Melayu."Begitu juga dengan peminat kerana saya mahu mereka berasa lebih selesa untuk mendekati saya," katanya.Tambah Ratu, dia menyedari ada peminat yang berasa segan untuk menegurnya atau bergambar bersama, justeru penggunaan bahasa Melayu dapat membantu mereka berasa lebih dekat dengannya.ARTIKEL BERKAITAN: Linda Jasmine, Ratu tersingkir… Persembahan nyaris ‘tenggelam’ARTIKEL BERKAITAN: Linda Jasmine berdepan anxiety, tak boleh tidur dan hilang selera makan sepanjang sertai TTMM2Mengulas mengenai komen dan kritikan orang ramai di media sosial, Ratu memberitahu dia tidak terlalu mengambil hati dengan pandangan negatif yang dilemparkan.Ujarnya, dia ada membaca komen-komen tersebut, namun tidak membiarkan kritikan itu mempengaruhi kehidupan mahupun keyakinan dirinya."Saya tahu apa yang sedang saya lakukan dan saya juga menyukai perkara itu."Jika ada yang mahu mengkritik, itu hak mereka untuk memberikan pandangan masing-masing dan saya tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya," ujarnya. Bahasa Melayu agak sukar bagi saya.TENGKU RATUPENYANYIDalam pada itu, Ratu yang dilihat menyepi selepas tamat menyertai Talk To My Manager (TTMM) musim kedua memberitahu dia tidak pernah berasa cemburu atau kecewa melihat rakan-rakan dalam bidang muzik menerima pelbagai tawaran kerja serta berpeluang menghasilkan single sendiri.Sebaliknya, dia tumpang gembira melihat pencapaian rakan-rakannya dan percaya setiap individu mempunyai perjalanan kerjaya masing-masing."Saya sangat gembira melihat mereka melakukan perkara yang diminati. Saya juga sedang menantikan giliran sendiri dan selesa dengan apa sahaja yang berlaku ketika ini."Saya tidak berasa cemburu atau marah apabila melihat orang lain mendapat tawaran kerja sedangkan saya tidak. Saya gembira dengan perjalanan masing-masing dan teruja untuk melihat apa yang bakal berlaku dalam kerjaya saya nanti," ujarnya.Ratu kini lebih fokus pada nyanyian berbanding peragaan.Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Ratu berkata fokusnya ketika ini lebih terarah kepada bidang nyanyian dan dia bakal melancarkan lagu sendiri tidak lama lagi.Bagaimanapun, dia tidak menolak kalau diberikan peluang untuk mencuba bidang lakonan, namun mengakui lebih berminat untuk membintangi filem berbanding drama bersiri."Saya masih belum pasti kerana sebenarnya agak gementar untuk berlakon. Bahasa Melayu agak sukar bagi saya, terutamanya untuk menghafal dialog. Mungkin suatu hari nanti apabila saya sudah benar-benar bersedia, saya akan mencuba bidang lakonan."Sudah ada beberapa tawaran lakonan diterima baru-baru ini. Namun, saya dan ibu tidak mahu menerima tawaran drama bersiri. Sebaliknya, kami lebih berminat untuk membintangi filem," katanya.