suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aina Abdul raih tempat keempat Eurovision Asia 2026, Filipina muncul juara

Aina berjaya meraih tempat keempat Eurovision Asia 2026.

PENYANYI Aina Abdul berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila menduduki tempat keempat pada pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.

Kejayaan itu diraih menerusi lagu berjudul Bluest Sky yang dipertaruhkan pada edisi sulung pertandingan itu di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand pada malam Sabtu.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, bersaing dengan wakil dari 10 negara lain termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina dan Vietnam.

Aina tampil dengan persembahan menerusi lagu Bluest Sky.

Aina tampil dengan persembahan menerusi lagu Bluest Sky. 

Dalam pertandingan itu, Aina mengumpul 152 markah daripada juri profesional dan 79 markah undian orang awam.

Gelaran juara Eurovision Song Contest Asia 2026 menjadi milik wakil Filipina, Carmelle Allyza Collado yang meraih 211 markah keseluruhan.

Tempat kedua pula disandang wakil Thailand, Mang & Daou yang mendapat 170 markah, manakala Vietnam berada di kedudukan ketiga dengan 164 markah.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul rayu sokongan rakyat Malaysia di Eurovision Asia, tak kisah minat atau tidak

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob janji terbangkan dron jika Aina Abdul menang malam ini, siap minta izin Vida

Lagu Bluest Sky merupakan hasil ciptaan Aina sendiri dan Mac Chew selaku penerbit.

Penyertaan Aina dalam pertandingan itu diumumkan ketika Anugerah Juara Lagu ke-40, Ogos lalu.

Edisi sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 menghimpunkan 11 negara dari rantau Asia.

Pertandingan itu menggunakan sistem pemarkahan gabungan undian juri profesional dan orang awam dengan masing-masing menyumbang 50 peratus kepada keputusan keseluruhan.

 

Artikel Lain