suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[TIDAK RASMI] Kerusi DUN Machap Jaya, Kelebang kekal milik MCA

Keputusan tidak rasmi menunjukkan MCA berjaya mengekalkan kerusi DUN Machap Jaya dan Kelebang.

MCA mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dan Kelebang di bawah tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.

Di Machap Jaya, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon MCA, Datuk Ngwe Hee Sem memperoleh 5,931 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ginie Lim Siew Lin yang meraih 4,006 undi, manakala calon Bersama, Prasanth Kumar Brakasam mendapat 267 undi.

Ngwe menang dengan majoriti 1,925 undi.

Di Kelebang pula, calon MCA, Datuk Lim Ban Hong menang dengan memperoleh 10,397 undi, mengatasi calon PH, Farzana Hayani Mohd Nasir yang mendapat 4,605 undi.

Calon Bersatu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad memperoleh 795 undi, manakala calon Bersama, Young Jie Yu meraih 655 undi.

Majoriti kemenangan Lim ialah 5,782 undi.

Artikel Lain