Barisan Nasional (BN) mendahului kiraan undi tidak rasmi PRN Melaka setakat pukul 7.30 malam. -Foto FB Akmal Saleh
BARISAN Nasional (BN) mendahului kiraan undi di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka setakat pukul 7.30 malam.Menurut laman portal MyUndi.com, BN mendahului di Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Klebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai. Sementara itu, Pakatan Harapan kini sedang mendahului di empat DUN iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.Perikatan Nasional (PN) pula mendahului di DUN Paya Rumput, Bukit Katil dan Bemban. Untuk rekod, PRN Melaka kali ini menyaksikan PH meletakkan calon paling ramai iaitu di 24 kerusi, diikuti BN dengan 23 calon, Parti Bersama Malaysia (16), Bersatu (tujuh), PN (lima), Parti Pribumi Perkasa Malaysia (satu) dan tiga calon Bebas.