suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suhaily masih bos AKPS, belum ada arahan kembali ke PDRM

Mohd Khalid ditemui selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin, Ayer Keroh.

DATUK Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, masih menjalankan tugas seperti biasa sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berikutan tiada arahan lanjut dikeluarkan berhubung kedudukannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, pihak polis masih belum menerima sebarang arahan lanjut sama ada Mohd Shuhaily akan dikembalikan ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau sebaliknya.

"Sepertimana yang saya jelaskan sebelum ini, Datuk Seri Shuhaily ini adalah seorang pegawai polis yang menjalani kontrak selama dua tahun sebagai Ketua Pengarah AKPS.

"Pelantikan beliau dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya menunggu arahan lanjut sekiranya beliau dikembalikan kepada PDRM untuk tindakan-tindakan seterusnya. Setakat ini belum ada lagi apa-apa arahan," katanya.

Mohd Khalid berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin, Ayer Keroh, pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami kecederaan fizikal, mental... Dua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata pada Sabtu bahawa kementerian masih belum membuat keputusan berhubung pelantikan Ketua Pengarah AKPS baharu bagi menggantikan Mohd Shuhaily.

Saifuddin turut memaklumkan kementerian memberi jaminan operasi AKPS akan diteruskan seperti biasa dan tidak terjejas susulan keputusan mengembalikan Mohd Shuhaily ke jabatan asalnya, iaitu polis.

Untuk rekod, Mohd Suhaily didakwa di Mahkamah Majistret, Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis pada 21 Oktober lalu. -The Star

Artikel Lain