Golongan muda turut tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRN Melaka kali ini. -Foto Bernama
SERAMAI 687,697 pengundi berdaftar di Melaka layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, pada Sabtu.Proses pengundian bermula seawal pukul 8 pagi membabitkan 240 pusat mengundi di seluruh negeri dalam keadaan cuaca baik. Ikuti perkembangan terkini menerusi laporan mStar sekitar proses pengundian PRN Melaka.[KEMASKINI TERKINI]1.40 petang: Peratusan keluar mengundi meningkat kepada 48.13 peratus setakat pukul 1 petang, membabitkan seramai 322,072 pengundi.11.50 pagi: Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, peratusan keluar mengundi bagi PRN Melaka meningkat kepada 31.07 peratus setakat pukul 11.25 pagi.11.00 pagi: Nur Nayli Tee Hui Sin, 34, yang merupakan pengundi cacat penglihatan memuji bantuan disediakan SPR di pusat mengundinya, selain menyifatkan proses membuang undi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.10.30 pagi: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama isterinya, Datin Seri Zuriyah Ab Aziz selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah bagi kerusi DUN Tanjung Bidara.10 pagi: Sebanyak 17.96 peratus pengundi keluar mengundi setakat pukul 10 pagi.Helmy (kiri) bersama Nadarajah (kanan) bergambar sambil menunjukkan isyarat jari selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Melaka.9.13 pagi: Calon BN Duyong bertemu calon GadekCalon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem bergambar bersama calon Gadek, S. Nadarajah selepas calon berkenaan selesai mengundi di pusat mengundi SK Seri Duyong.Rohani tampil dengan pakaian tradisional lengkap bersarung kain pelikat dan bertengkolok ketika hadir mengundi di Duyong.9.12 pagi: Pengundi tampil dengan pakaian tradisionalRohani Ahmad Darus, 72, mencuri perhatian apabila hadir mengundi di Duyong dengan mengenakan kain sarung dan tengkolok sebagai usaha mengekalkan warisan budaya Melayu agar tidak ditelan zaman.Pesara Lembaga Letrik Negara itu sudah menjadikan pakaian tradisional sebagai identiti dirinya sejak 20 tahun lalu.9 pagi: Sebanyak 9.24 peratus atau 61,854 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab setakat pukul 9 pagi.Adam Adli menunjukkan jari yang dicalit dakwat selepas selesai membuang undi.8.59 pagi: Adam Adli selesai mengundiTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim menunjukkan jari yang dicalit dakwat selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Demang Hussin, Bukit Katil.8.49 pagi: Pengundi berkerusi roda tersalah pusat mengundiSeorang pengundi berkerusi roda tersilap hadir ke pusat mengundi di SJKC Malim sebelum dimaklumkan bahawa dia sepatutnya membuang undi di pusat mengundi berhampiran bagi kerusi DUN Kesidang.Anggota polis turut menjalankan tugas bagi memastikan kelancaran proses untuk mengundi.8.13 pagi: Polis bantu warga emas menunggu giliran mengundiSeorang anggota polis dilihat membantu mengarahkan warga emas ke tempat duduk yang disediakan di luar Saluran 1, SJKC Malim sementara menunggu giliran untuk membuang undi.8 pagi: 240 pusat mengundi dibukaSebanyak 240 pusat mengundi di seluruh Melaka mula beroperasi seawal pukul 8 pagi dengan keadaan cuaca baik.Seramai 687,697 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).7.40 pagi: Pengundi mula beratur sebelum pusat mengundi dibukaPengundi dilihat mula beratur di luar SJK(C) Yu Hwa, Pengkalan Batu bagi menunggu pintu pagar sekolah dibuka sebelum memulakan proses pengundian.