PERNAH menjalin hubungan cinta dengan Datuk Seri Vida, usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli memilih untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya itu sekiranya menerima jemputan.Iqbal, 32, berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kehadirannya mengimbau kembali kisah silam selain mencetuskan pelbagai persepsi dan persoalan kurang enak dalam kalangan tetamu. Bagaimanapun, dia tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan Datuk Fazley Yaakob jika terserempak pada mana-mana acara atau majlis di luar.Iqbal dan Vida pernah bercinta sekitar 2021.“Saya rasa saya tidak akan hadir ke majlis tersebut. Bagaimana saya hendak hadir sedangkan kehadiran saya mungkin menimbulkan pelbagai cerita dan persoalan? Apakah tujuan saya datang ke majlis itu? Namun, jika bertemu di luar, saya mungkin boleh berjumpa dengan Datuk Fazley.“Mengenai Datuk Seri Vida pula, saya rasa saya sudah meletakkan batasan. Walaupun jika kami menghadiri majlis televisyen atau acara tertentu, sudah tentu kami akan bertemu. Sebenarnya, saya tidak mempunyai masalah dengan perkara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan ke-18 Cheta Pot Pet dan suami yang berlangsung di Kuala Lumpur.Mengulas lanjut mengenai berita lamaran bekas kekasihnya itu, Iqbal berkata dia menerima perkhabaran Vida dilamar menggunakan 1,200 dron pada 10 November lalu dengan hati terbuka.ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob buat kejutan lamar Vida atas pentas, terus dapat jawapan ‘Yes, sayang!’ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli dikejarkan ke hospital gara-gara tomyamMalah, dia menyifatkan Fazley sebagai seorang individu yang baik dan dihormati selain menganggap cef selebriti itu sebagai idolanya.“Sebenarnya, saya menerima perkara ini dengan hati yang terbuka dan saya sudah lama meneruskan kehidupan seperti biasa.“Saya juga mengenali Datuk Fazley. Beliau seorang yang sangat baik, yang saya fahami dan segani. Beliau juga merupakan idola saya. Saya juga perlu menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling.IQBAL ZULKEFLIUSAHAWAN“Sebagai seorang manusia, saya mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap agar perkara yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang lagi. Semoga kali ini mereka benar-benar mengecapi kebahagiaan,” kongsinya.Dalam pada itu, Iqbal mengakui kini lebih selesa menjalani kehidupan secara sederhana tanpa terlalu mendedahkan hal peribadi di media sosial.Dia juga tidak menyimpan sebarang perasaan dendam atau permusuhan terhadap sesiapa, sebaliknya memilih untuk menerima perubahan dalam kehidupan dengan hati terbuka serta mengekalkan hubungan secara profesional.Iqbal selesa amalkan gaya hidup yang sederhana.“Apabila semakin dewasa, saya merasakan perubahan itu berlaku tanpa saya sedari. Saya semakin memikirkan orang di sekeliling dan bukan sekadar mahukan perhatian di media sosial atau mengambil kira apa yang diperkatakan netizen.“Semakin kita berjaya, semakin banyak perkara lain yang perlu kita fikirkan. Saya juga perlu menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling,” katanya.Untuk rekod, Iqbal pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan Vida sekitar 2021, namun hubungan mereka mendapat tentangan daripada anak usahawan sensasi itu, Cik B.